Salam sejahtera,
Saya mendoakan anda semua mendapat keberkatan dan kemudahan dalam apa jua yang dilakukan pada hari ini. Amiin.
Peluang tiba apabila kita telah
bersedia. Namun kepekaan terhadap peluang itu adalah penting supaya ia tidak
berlalu tanpa di ambil. Setiap yang berlaku juga bukan kebetulan semuanya telah
tertulis dan berlaku pada masa yang telah ditetapkan.
Kita mungkin telah mendapat tahu
berkaitan dengan sesuatu cara atau ilmu namun belum timbul minat berkaitan
perkara tersebut. Namun apabila telah tiba masanya perkara tersebut dapat
digunakan untuk memudahkan sesuatu yang sedang dilakukan sekarang.
Kebanyakan orang akan menyatakan
bahawa itu adalah kebetulan. Sebenarnya itu adalah masa perkara atau ilmu itu
diperlukan dalam kehidupan kita.
Walaupun telah lama mendengar dan
baca berkaitan dengan saham namun belum berpeluang untuk menghadiri kelas.
Setelah mendapat peluang untuk menghadiri kelas saham maklumat berkaitan lebih
mudah difahami.
Banyak perkara yang perlu di
ketahui sebelum boleh berdagang saham. Paling utama ialah istilah yang
digunakan selama ini istilah biasa ialah "main saham" istilah itu
menyebabkan kita rasa saham itu adalah untuk main. Sedangkan pada hakikatnya
saham adalah satu perdagangan dan merupakan perniagaan.
Dengan ilmu yang betul banyak
perkara yang mustahil boleh berlaku dalam perdagangan saham. Keuntungan adalah
paling utama, risiko rugi juga wujud semasa perdagangan saham. Ilmu yang betul
membantu kita meningkatkan keuntungan dan mengurangkan risiko perdagangan
saham.
Mengikut tuan haji Mohd Asri
Ahmad iaitu pengasas Asri Ahmad Akademik, setiap pedagang memerlukan ilmu yang
betul sebelum berdagang. Beliau telah menggunakan tujuh formula untuk
memudahkan lagi para pedagang. Formula tersebut diberi nama 7-RM.
Dengan menggunakan formula
tersebut para pedagang dapat menjadikan pelaburan lebih selamat dan rasional.
#ceritasyah