Hari yang cerah dan tenang ini
memang sesuai untuk pergi membeli belah. Barangan keperluan pun dah semakin
kurang. Selesai solat zohor terus ke sebuah pasar raya berhampiran rumah.
Banyak yang terasa nak beli,
namun bajet hari ini hanyalah RM50. Perlu ambil yang paling perlu sahaja.
Dengan senarai perbelanjaan di tangan terus ke rak barangan tersebut. Satu persatu
barangan dibelek dan diteliti. Mengikut keperluan dan ada dalam senarai yang
dirancang.
Setiap kali pergi membeli belah
sediakan senarai yang hendak dibeli supaya tidak terlebih bajet. Kenal pasti
keperluan atau kehendak serta keutamaan produk yang hendak dibeli.
Setelah selesai mendapatkan apa
yang tersenarai, terus tinjau jika ada produk murah. Kebiasaannya akan ada
produk yang diturunkan harga terutamanya melibatkan sayur dan buah-buahan.
Apabila ada produk yang
diturunkan harga maka sangat-sangat menjimatkan. Ini merupakan salah satu cara
untuk berjimat pada masa kegawatan ekonomi.
Semasa beratur di kaunter sempat
melihat kepada pelanggan di hadapan dengan troli yang penuh barang keperluan
dapur. Selesai sahaja mengira semua produk yang dibeli jurujual menyatakan
harga. Sungguh menguja kan dengan troli yang penuh memerlukan RM527 untuk
sekali berbelanja.
Itulah persiapan yang perlu
apabila ingin keluar membeli belah. Semua orang perlu bijak melakukan pilihan.
Selain daripada senarai membeli-belah bajet juga perlu dilakukan supaya tidak
berlaku kekurangan wang semasa berbelanja.
Jadilah pengguna yang bijak.
#ceritasyah