Terbongkok-bongkok lelaki
tersebut menyelongkar setiap tong sampah yang berada di kawasan parking. Sambil
sebelah tangan memegang sebuah guni berwarna coklat.
"Apa yang dicari ye?"
bisik hati ku.
Kawasan RnR penuh sesak kerana
cuti perayaan yang agak panjang. Aku hanya memerhatikan gelagat lelaki itu
sambil menyuap nasi goreng yang dibeli dari sebuah warung di RnR tersebut.
Jam menunjukkan pukul 8.30 malam.
Kereta masih bergerak bertali arus memasuki kawasan RnR. Tanpa menghiraukan
pandangan orang lelaki itu terus bergerak dari satu tong sampah ke tong sampah
yang lain dengan pantas.
Setelah selesai aku menjamu
selera terus aku mendekati lelaki itu, kebetulan dia pun sudah berada
berhampiran dengan ku. Lalu aku terus menyapa dan beramah mesra dengannya.
Rupa-rupanya dia sedang mengutip
tin-tin minuman dan botol-botol kosong. Dia yang mahu dipanggil pak Ali
menceritakan setiap kali musim cuti panjang dia akan dapat mengutip banyak
botol dan tin kosong.
Namun dia perlu bersaing dengan
pekerja kebersihan di RnR tersebut. Mereka juga mengumpul barang-barang
tersebut. Setelah cukup sebulan maka hasil pengumpulan tersebut akan di jual di
kedai kitar semula.
#ceritasyah