"Baiklah hari ini kita akan
melakukan amali kapasitor. Sila ambil alat radas yang kita akan gunakan pada
hari ini." Kata ku kepada pelajar-pelajar MS15.
Kelas menjadi riuh rendah dengan
setiap ahli kumpulan mendapatkan alat radas masing-masing.
"Pastikan setiap kumpulan
mendapat alat radas yang disenaraikan." Ulang ku dengan suara yang sedikit
tinggi.
Tiba-tiba seorang pelajar
mengangkat tangan dan bertanya tentang satu alat.
"Cikgu mana reostat?"
kedengaran suara Solah di meja alat radas.
"Ada kat atas meja tu lihat
dengan teliti." Kata ku.
"Alat yang ada silinder
hitam ni ke cikgu?" soal Min sambil mengangkat reostat.
"Betul tu." Ucap ku.
Semasa pelajar sedang memasang
alat radas untuk amali, menjadi satu kemestian untuk ku memantau mereka agar
pemasangan lengkap dan dapat beroperasi dengan baik. Daripada pemerhatian itu
aku dapati semua kumpulan silap memasang reostat.
Timbul persoalan dalam diriku,
adakah mereka pernah menggunakan alat tersebut? Lalu aku kumpulkan mereka dan
meminta Solah menjelaskan cara dia memasang litar tersebut.
Solah dapat menceritakan dengan
baik dan lancar namun apabila sampai pada sambungan reostat berlaku sedikit
kesilapan.
Apabila litar disambung dan
mengubah reostat tiada perubahan yang berlaku pada bacaan ammeter. Ini
menimbulkan persoalan kepada semua pelajar.
Lalu aku bertanya "Apakah
fungsi reostat?"
Dengan pantas mereka menjawab
"Untuk menghalang aliran arus."
"Bagus. Kamu semua sudah
faham fungsi reostat." Kata ku.
"Ini mungkin reostat dah
rosak." kata Min.
"Kami dah pasang dan ubah
tombol reostat tapi tak ada apa-apa perubahan pada arus." sambung Akila.
Yang lain hanya mengiakan apa
yang dikatakan oleh Akila.
"Adakah sambungan yang
dilakukan betul?" soal ku.
Semua mata memandang kepada
sambungan pada reostat.
"Reostat mempunyai tiga poin
sambungan, dua sambungan berada di bahagian hujung kiri dan satu di bahagian
hujung kanan. Pada hujung kiri, point sambungan berada pada bahagian bawah dan
atas, manakala pada bahagian kanan terletak di bawah." Jelas ku kepada
mereka.
"Supaya reostat berfungsi
maka satu sambungan perlu diletakkan pada point atas dan satu lagi pada point
bawah." Sambung ku lagi.
"Sekarang perhatikan
sambungan yang kamu lakukan." sambil aku menunjukkan pada sambungan
tersebut.
"Yalah kita dah silap
sambung. Patutlah tak ada kesan pada ammeter." ucap Solah.
Amali dapat dilakukan dengan
lancar.
Setiap perkara yang kita ingin
lakukan perlu ada ilmu supaya kesilapan dapat dikurangkan. Syukur mereka dah
dapat belajar sesuatu pada hari ini. Namun setiap kesilapan akan ada ilmu yang
menyusul.
#ceritasyah