Pages

Thursday, March 13, 2014

Sentiasa bersyukur

Syukur Alhamdullilah, 

Pada hari ini kita masih berpeluang untuk membantu sesama insan. Apabila berlaku sesuatu peristiwa maka akan ada hikmah disebaliknya. 

Namun kita biasanya akan cuba mencari kesalahan orang lain sebelum melihat diri sendiri. Sempena hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari, kita patut muhasabah atau merenung apa yang cuba disampaikan oleh Yang Maha Kuasa dengan peristiwa yang berlaku disekeliling.

Petikan ini saya dapat dari guru yang banyak mengajar saya untuk berjaya di dunia dan akhirat. Semoga anda semua mendapat sedikit ilmu. 

Bila Allah swt Beri Peringatan

Ada sesetengah manusia yang suka MENUDING JARI sepanjang hari menyalahkan orang lain di atas sesuatu kejadian.
Ada orang kata, kapalterbang ini hilang sebab
Pemimpin rasuah
Pembangkang masalah
Dan macam-macam lagi TUDING JARI yang berlaku. Mungkin betul mungkin tidak, kita pun tidak tahu sebab kita bukan Tuhan.
Kenapa tak kata perkara ini berlaku mungkin kerana (Sambil tuding jari ke kepala sendiri seperti saya selalu buat)
Mungkin kerana solat 5 waktu “aku” tidak cukup bagus
Mungkin sebab solat “aku” tidak khusyuk
Mungkin “aku” kurang membaca Al-Quran dan banyak sangat tonton TV dan main game
Mungkin sebab “aku” kurang bersedekah dan berzakat
Mungkin sebab “aku” kurang solat malam dan hilangnya pun time 2.40 awal pagi waktu terbaik tahajud
Mungkin sebab “aku” kurang solat taubat
Mungkin peringatan untuk “aku”
sentiasa bertaubat dan ingat mati itu pasti
Mungkin sebab “aku” banyak dosa
Mungkin peringatan sebab “aku” banyak mengutuk mencaci memfitnah orang
Mungkin ia tanda tanda untuk “aku” belajar bersangka baik dengan Allah swt dan meyakiniNya dengan solat hajat lebih.
Mungkin “aku” lalai dan leka selama ini dan masanya untuk ingatNya
Hentikanlah menjadi “hakim negara”. Jika kita tidak suka orang buat kepada kita, kita jangan buat kepada orang. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Allah swt.
Marilah “aku” kembali kepada meyakiniNya.
Ingatan ini khas untuk diri “aku” sendiri. Aku sebenarnya lemah dan tidak ada daya upaya melainkan dengan izinNya.
Dia Maha Menguasai segala sesuatu. Tidak bergerak satu zarah pun melainkan izinNya dan apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya bagi mereka yang berfikir dan beriman kepadaNya. Ya Allah, Ya Somad Ya Somad Ya Somad, Kau sampaikanlah hajat kami Ya Allah, berikanlah kami petunjuk jelas di mana #MH370 ini dengan kadar segera Ya Allah, agar terlerai setiap kesimpulan perkara ini Ya Allah. Ampunilah kami Ya Allah, rahmatilah kami Ya Allah, kami umat kekasihMu Rasulullah saw. Al-Fatihah. Amin.


http://www.rahsiapendapatanpasif.com