Pages

Monday, December 29, 2014

Sebelum bermula

Salam sejahtera,

Setiap orang mempunyai impian terutama apabila tiba tahun baharu. Impian tersebut akan menjadi lebih terkesan apabila ia melibatkan perasaan terhadap orang tersayang. Seperti ingin menghantar ibubapa menunaikan haji, menyediakan kediaman dan kemudahan yang selesa kepada keluarga dan bermacam-macam lagi. 

Apabila melibatkan ekonomi ramai yang menjadikan perniagaan sebagai salah satu pilihan. Namun mereka tidak menyediakan diri untuk terjun dalam bidang tersebut. Antara ilmu yang perlu ialah kemahiran dalam bidang yang ingin diniagakan, ilmu pemasaran dan mengumpul data pelanggan. 

Selain itu mengikut Robert Toru Kiyosaki, seorang ahli perniagaan perlu melengkapkan diri dengan ilmu undang-undang perniagaan dan perakaunan. Ini bagi memastikan setiap langkah yang diambil adalah mematuhi undang-undang agar perniagaan tidak mengalami kerugian akibat bayaran denda. 

Sebagai seorang peniaga kita perlu melatih ahli keluarga agar berfikir seperti peniaga. Mulalah latih anak-anak berkaitan perniagaan seawal usia muda agar mereka mengerti cara-cara berniaga. Sokongan pasangan juga penting kerana dalam perniagaan akan ada masa untung dan rugi. 

Persediaan dari segi mental amat penting supaya kita tidak mudah patah semangat dengan perniagaan yang dimulakan. Setiap langkah yang diambil pasti akan ada kesan dan akibat. Oleh itu kita perlu bersedia dengan apa sahaja kesan yang dihadapi.

Pastikan kita mempunyai ilmu dan mentor dalam bidang perniagaan yang ingin diceburi. Dapatkan mentor yang telah berjaya dalam bidang tersebut. Sebaik-baiknya yang telah melakukan secara perktikal bukan hanya teori.

Ilmu yang paling bermanafaat ialah berdasarkan pengalam, kita akan menjadi lebih bijak apabila menggunakan pengalaman orang lain untuk kejayaan secara cepat. Dapatkan ilmu dari mereka yang telah berjaya supaya kita dapat menggunakan jalan pintas untuk berjaya.

Semoga sahabat sentiasa ceria dan gembira.

Jom kongsi.
#coretansyah

**************************************************************************************** Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

Wednesday, October 8, 2014

Urus diri.

Syukur,

Pada kali ini kita dapat berkongsi maklumat lagi. Banyak perkara yang ingin dikongsikan namun kekangan masa serta tugasan lain membataskan urusan. Di sinilah pentingnya pengurusan diri, kerana setiap orang diberikan waktu yang sama iaitu 24 jam sehari semalam. 

Apa yang kita boleh lakukan ialah mengurus diri agar dapat mengikuti masa tersebut. Kadangkala kita terleka dengan perkara yang kurang penting. Ini menyebabkan perkara yang penting tertangguh dan terpaksa disiapkan pada saat-saat akhir. 

Pada waktu itu kita akan merungut kerana tidak cukup masa. Sedangkan pada hakikatnya kita yang gagal mengurus diri untuk mengikut masa. Ada masanya kita perlu mengikut masa yang telah ditetapkan seperti waktu belajar di sekolah ialah dari pukul 7.45 pagi sehingga 2.00 petang. Namun selepas waktu tersebut kita banyak membazirkan masa untuk perkara-perkara yang kurang penting.

Dengan cabaran yang banyak pada masa kini menjadikan kita mudah leka. Cuba kita hitung berapa banyak masa yang digunakan untuk membaca status di Facebook?  Mungkin kita cuma peruntukan 1 jam namun hakikatnya ia melebihii masa tersebut. 

Kepada sesiapa yang dapat  mengikut apa yang dirancang tahniah buat anda. Saya pun pada kebiasaannya akan melarat sehingga 2 jam. Memang seronok untuk membaca status yang ada namun kita perlu pandai pilih apa yang penting untuk diri. 

Mungkin kita perlu mempunyai jadual yang menyatakan perkara penting dan segera untuk dilakukan agar kita sentiasa bersedia. Apa lagi sewaktu masih belajar, pengurusan diri adalah sangat penting bagi mempersiapkan kita menghadapi peperiksaan. 

Carilah ilmu pengurusan diri supaya kita lebih berjaya. 

Semoga kita jumpa lagi.

*********************************************************************************
Sila berkongsi dengan rakan-rakan.
Maklumat Penulis:
Nik Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog sambilan. Bagi menyampaikan maklumat untuk panduan semua agar dapat membantu walau sekecil mana pun ilmu tersebut.
"Perkongsian ilmu yang baik akan menjadi jambatan yang kukuh ke akhirat."
***********************************************************************************

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

 

Tuesday, August 5, 2014

Apa yang nak tulis?

Syukur,

Masih berpeluang untuk menyedut nafas yang percuma ini. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku disekeliling kita kan. Dengan kecanggihan teknologi sekarang banyak perkara yang kita dapat kongsikan dengan pantas. Tapi kita perlu pastikan apa yang dikongsikan adalah tepat dan bermanafaat.


Baru-baru ini saya ada menerima berita berkaitan dengan kemalangan yang menimpa seorang rakan. hanya setelah beberapa jam kemalangan tersebut berlaku. Begitulah cepat maklumat dapat di berikan pada masa kini. 

Seperti yang saya katakan tadi kita perlu bertanggungjawab dengan apa yang kita sampaikan atau kongsikan. Sebaiknya ialah maklumat yang kita arif dan pasti terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan tugas seharian. 

Apabila kita kongsikan maklumat yang kita tahu ia akan membantu mereka yang memerlukan maklumat tersebut. Namun jika kita tidak pasti dengan perkara tersebut maka ia akan memberi masalah kepada pengguna maklumat tersebut. 

Apabila kita menulis berkaitan perkara baru maka lebih baik disertakan dengan maklumat asal sumber tersebut agar boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang. Biasanya kepada mereka yang baru bergiat dalam bidang penulisan maka mereka perlu banyak membaca. 

Nasihat ini diberikan oleh mereka yang telah lama berkecimpong dalam bidang tersebut. Baca buku berkaitan dengan bidang yang  kita ingin kuasai. Sebagai contoh dalam bidang kewangan maka kita perlu baca sekurang-kurangnya 10 buah buku berkaitan dengan kewangan. 

Maklumat dari buku-buku tersebut akan memberikan kita lebih idea untuk menghasilakan satu rencana atau sebuah buku baru dalam bidang tersebut. Sebaiknya penulis baru perlu melihat dari sudut yang baru agar ia tidak menjadi sama seperti buku-buku asal dipasaran. 

Bagi menghasilkan sudut pandang yang baru mungkin ia boleh di khususkan kepada golongan tertentu seperti remaja, pekerja makan gaji, pelajar atau golongan kelainan upaya. Ini akan menjadikan penulisan kita lebih terfokus dan menepati sasaran pembaca. 

Selain daripada itu kita juga boleh menghasilkan penulisan berdasarkan pengalaman yang kita pernah lalui. Seperti proses untuk membeli rumah, membeli kereta terpakai. melancong ke Bali atau apa-apa sahaja pengalaman yang pernah kita lalui. 

Mungkin juga pengalaman yang mendebarkan agar ia menjadi iktibar kepada pembaca. Seperti yang kita sering baca pengalaman menunaikan umrah dan haji. Apa sahaja pengalaman kita boleh ditulis agar ia menjadi panduan kepada pembaca. 

Bagaimana nak mula tulis? 

Nanti  kita akan bincangkan lagi pada masa akan datang. Terima kasih.  


***********************************************************************************
Maklumat Penulis:
Nik Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog sambilan. Bagi menyampaikan maklumat untuk panduan semua agar dapat membantu walau sekecil mana pun ilmu tersebut.
"Perkongsian ilmu yang baik akan menjadi jambatan yang kukuh ke akhirat."
***********************************************************************************


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

 

Sunday, July 27, 2014

Lubuk rezeki

Syukur pada kali ini kita dapat lagi berkongsi satu maklumat berkaitan dengan peluang rezeki. Apabila kita ingin memulakan sesuatu perniagaan maka terdapat beberapa faktor yang perlu dikaji. Terutamanya dari segi keperluan produk tersebut kepada pengguna. 

Kajian boleh dilakukan dengan bertanya dan memerhatikan keadaan sekeliling kawasan yang kita ingin bina perniagaan. Apakah keperluan penduduk sekitar, sebagai contoh kawasan tersebut ramai pengguna motosikal maka kita boleh membuaka perniagaan berkaitan motosikal seperti membaiki dan membasuh serta menyimpan. 

Jika kawasan tersebut susah mendapatkan produk halal maka kita boleh membuka kedai yang membekal produk halal. Ini akan menjadikan kita lebih menyerlah dalam perniagaan tersebut. Apalagi yang kita boleh lakukan ialah bertanya keperluan masyarakat di kawasan tersebut. Kita boleh fokus kepada golongan wanita, remaja. lelaki atau warga emas. Dengan memenuhi keperluan mereka kita dapat mewujudkan satu peluang perniagaan baru. 

Cuba mulakan sekarang dengan melihat dan bertanya apakah keparluan masyarakat di tempat anda. Mungkin itu adalah peluang perniagaan kita yang baru. 

Saturday, July 12, 2014

Sentiasa positif untuk berjaya

Syukur Alhamdullilah, 

Pada hari ini kita masih dikurniakan kesihatan dan usia untuk terus melakukan kebaikan. Sebagai orang yang paling bergua ialah yang paling banyak membuat kebaikan kepada orang lain. 

Semasa menjalankan sesuatu perniagan pasti kita akan menghadapi cabaran, setiap cabaran perlu dihadapi dengan bijak. Ini akan berlaku apabila kita mempunyai dalaman yang positif. Seperti kata Prof. Dr. Muhaya Mohamad, dunia dalaman akan mempengaruhi dunia luaran. 

Supaya sentiasa positif maka kita perlulah mememohon kepada Yang Maha Kuasa untuk memberikan ketenangan, hanya dengan ketenangan akan menjadikan akal kita bertindak dengan betul. Apabila kita dapat menggunakan akal dengan waras maka setiap keputusan yang dilakukan adalah mengikut pertimbangan  yang wajar.

Banyak cara supaya kita berada dalam keadaan positif, selain daripada memohon kepada Yang Maha Kuasa kita juga perlu mempunyai kawan-kawan yang berfikiran positif. Elakkan  berkawan rapat dengan mereka yang sentiasa bercakap negatif. 

Seperti sebuah cerita yang sering kita dengar sebagai bidalan, apabila berkawan dengan seorang penjual minyak wangi maka kita pun akan mendapat tempias bau yang wangi. Namun jika kita berkawan dengan tukang besi maka kita pun akan berbau asap. 

Namun semuanya adalah pilihan kita seperti yang dinyatakan oleh Stephen C. L. dalam bukunya FISH, kita yang membuat pilihan untuk menjadi lebih baik atau sebaliknya. Malah untuk peringkat lebih besar seperti dalam sesebuah organisasi pun sikap positif adalah amat penting. 

Dalam buku tersebut Stephen C. L. menceritakan tentang satu jabatan yang hampir dilupuskan dalam sebuah organisasi. Namun mereka telah bangkit apabila mengetahui kenapa jabatan tersebut menjadi begitu. Malah mereka akhirnya menjadi satu jabatan yang paling cemerlang. 

Nanti apabila berpeluang kita akan lihat lagi faktor yang menyebabkan mereka boleh berjaya. Buat masa ini kita perlulah berfikiran positif untuk terus maju dan tahu apakah tujuan kita di sini. Semoga perkongsian ini akan menjadikan kita lebih positif. 

Sunday, May 25, 2014

Comfort Zone

Syukur Alhamdullilah,

Hari ini adalah lebih baik dari semalam, masih diberi peluang untuk bersedekah dan berzikir. Sepanjang masa kita dihidangkan dengan berbagai-bagai cerita tentang kehidupan. Namun sejauhmana kita menerima setiap cerita atau berita tersebut?

Kita ada pilihan untuk dilakukan samaada terus terima atau menapis dan berfikir dahulu sebelum terima. Semua itu akan mudah diakukan jika kita mempunyai ilmu. Oleh itu tahniah diucapkan kerana kita sekarang sedang menambah ilmu.

"Comfort Zone" sangat sinonim kepada orang yang selesa dengan keadaan diri mereka sekarang. Tentu kita pernah dengar cerita Katak Rebus. Ini bukan cerita makanan eksotik, ia mengisahkan seekor katak yang hebat namun.......

Ceritanya begini, pada suatu hari dalam sebuah makmal sains terdapat sekumpulan penyelidik sedang menjalankan satu kajian berkaitan dengan katak. Katak merupakan haiwan dua alam yang mempunyai kehebatan untuk menyesuaikan suhu badan mengikut persekitaran.

Dalam kajian tersebut dua eksperimen telah dilakukan, eksperimen pertama dimulakan dengan merebus air dalam sebuah bekas sehingga mendidih. Kemudian katak dimasukkan dalam bekas tersebut, cuba teka apa hasil yang diperolehi? Dengan pantas katak terus melompat keluar dari bekas tersebut. Yelah dah air panas tentulah terkejut, terus bertindak dengan serta-merta.

Bagi eksperimen kedua, penyelidik meletakan katak di dalam bekas yang berisi air kemudian bekas tersebut dipanaskan perlahan-lahan. Apabila suhu air makin meningkat katak masih berada di dalam bekas tersebut sehinggalah air mendidih. Maka katak kedua telah menjadi katak rebus.

Kenapa ia berlaku? Dalam situasi yang pertama apabila katak dikejutkan dengan sesuatu yang drastik maka ia akan bertindak dengan segera. Namun dalam situasi kedua katak tersebut telah menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling sehingga rasa selesa walaupun ia merbahaya kepada dirinya.

Itulah bahayanya zon selesa (comfort zone), kita kena pastikan kita tidak terlalu lama dalam zon tersebut. Pastikan kita melakukan sesuatu apabila berada dalam keadaan tersebut, paling mudah lakukan penghijrahan. Kenalpasti zon selesa kita, jika zon selesa kita ialah rumah cuba cari tempat lain untuk bercuti cuba perkara yang sukar dari di rumah.

Jika zon selesa kita ialah keluarga cuba pergi seminar dua atau tiga hari agar berjauhan dari keluarga. Jika zon selesa kita ialah kerja minta cuti dan pergilah bercuti agar kita tahu susah jika tak dapat gaji. Apapun zon selesa kita cubalah lakukan sesuatu agar kita tidak terkejut dengan sesuatu yang drastik.

Paling mudah untuk ubah ialah dengan membaca kerana ramai dikalangan kita susah hendak membaca terutamanya berkaitan dengan kemahiran tertentu. Kita selesa dengan kemahiran yang kita ada tetapi tak rugi kita tahu kemahiran lain terutama yang tiada kaitan dengan kepakaran kita selama ini.

Mulakan sekarang dan kita pasti akan berjaya.

Jom kongsi.
#coretansyah

Sunday, May 18, 2014

Ilmu dan kita

Salam sejahtera,
Syukur pada kali ini kita dapat berjumpa lagi untuk berkongsi sedikit ilmu. Setiap hari kita pasti akan mendapat satu ilmu baru sama ada kita sedar atau tidak. Kita sepatutnya ada peningkatan dari sehari ke sehari, kerana orang yang berjaya ialah yang lebih baik dari semalam. 

Supaya kita lebih berjaya ilmu yang diperolehi perlulah diamalkan, ilmu yang diamalkan ibarat sepohon pokok yang berbuah lebat. Perkongsian ilmu juga akan menjadikan kita lebih faham dalam bidang tersebut. Apabila kita berkongsi harta mak harta akan berkurang, namun jika berkongsi ilmu ia akan maskin bertambah.

Masalah utama dikalangan kita ialah susah untuk belajar kerana merasakan diri sudah pandai. Ini merupakan sifat orang yang tidak berilmu, sepatutnya apabila kita makin banyak belajar maka lebih banyak yang kita tidak ketahui. Apabila kita merasakan diri kita sudah tahu menjadi satu kewajipan pula kepada kita untuk mengajar orang lain. 

Seperti kata guru saya, menjadi satu dosa jika kita tidak mengajar kepada orang lain jika ilmu tersebut dapat membantu mereka dalam kehidupan. Paling mudah untuk berkongsi pada mas kini ialah melalui media sosial, blog, forum dan berbagai-bagai cara yang lain. 

Namun kita perlu ingat perkongsian ilmu perlulah yang bermanafaat kerana ia boleh menjadi satu jambatan amalan. Apabila kita berkongsi perkara yang negatif maka kita pun akan mendapat kesan yang negatif. Sentiasalah beringat sebelum kita berkongsi sesuatu perkara, perlu siasat dahulu kebenarannya agar kita tidak menjadi agen keburukan. 

Untuk diri sendiri adalah lebih baik jika kita menambah ilmu dalam bidang kemahiran. selain kita mendapat ilmu baru ia juga boleh menjadi sumber pendapatan kedua. Sebagai contoh kita belajar membuat iklan menggunakan video maka kita boleh mengambil upah untuk membuat iklan untuk kedai-kedai atau organisasi yang memerlukannya.

Apabila sudah mahir kita boleh menganjurkan kelas untuk membuat iklan menggunakan video kepada mereka yang berminat. Oleh itu secara tidak langsung kemahiran tersebut dapat dikongsikan dengan lebih ramai orang. Guru saya juga ada berpesan "formula untuk berjaya ialah membantu orang yang memerlukan bantuan". Apabila kita membantu mereka pasti rezeki akan datang dengan cara yang tidak disangka-sangka. 

Mulakan menambah ilmu kerana ia merupakan pelaburan yang paling besar. Kita merasakan RM 10 ribu itu besar untuk menuntut ilmu, namun dengan ilmu yang perolehi pulangannya akan berlipat kali ganda. Ia merupakan aset yang paling penting untuk kita berjaya.

Saya ingin memberikan satu video ilmu secara percuma kepada anda. Pastikan anda klik disini.

Sekian terima kasih.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

 

Sunday, May 11, 2014

Kemahiran diri.

Syukur Alhamdillilah, 

Pada kali ini dapat kita kongsikan sedikit ilmu, semoga ia akan menjadi satu jalan yang menuju ke syurga. Setiap orang mempunyai tugas yang perlu dilakukan. Ada yang merasakan tugasnya adalah mudah ada pula yang merasakan sukar. Ia bergantung kepada kemahiran yang dimiliki oleh setiap individu terbabit. 

Kita pernah menunggang basikal kan. Sudah pasti kita boleh menunggang basikal dengan mudah sekaran. Cuba ingat kembali pada mula-mula kita belajar menunggang basikal, berapa kali kita terjatuh? Ada yang berpuluh-puluh kali terjatuh namun setelah sekian lama maka dapatlah menunggang. Maka kita telah mendapat satu kemahiran untuk menunggang basikal. 

Begitu juga dalam kehidupan kita ini untuk memudahkan urusan seharian maka kemahiran adalah perlu. Jika kita seorang guru maka kita memerlukan kemahiran mengajar, mendidik, dan bermacam-macam lagi. Jika seorang pelumba kereta maka kita memerlukan latihan sebagai pelumba bukan hanya sekadar pemandu biasa. 

Dengan kemahiran yang ada maka kita akan menjadikan urusan semakin mudah dan selamat. Dapatkan kemahiran dalam bidang kita agar dapat memaksimumkan potensi diri. Ada yang kata mereka tidak mempunyai kemahiran, tahukah kita bahawa kemahiran boleh di pelajari. Oleh itu mari kita belajar, mulakan dengan minat kerana ia lebih mudah. 

Anda ingin mengetahui teknik pemasaran di internet? Daptkannya dengan klik disini.
Selamat belajar.


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

 

Saturday, May 10, 2014

RM Satu Juta Pertama

Salam sejahtera,

Syukur pada hari ini kerana kita masih dapat bernafas dengan sempurna. Pernahkah kita fikir cara untuk mendapatkan RM satu juta?

Apabila disebut sahaja RM satu juta maka ramai yang akan mengatakan susah untuk mendapatkannya. Namun tahukah anda bahawa perkara tersebut tidaklah susah jika kita mempunyai cara dan perancangan yang betul.

Sebagai contoh apabila kita ingin mencapai RM satu juta, maka kita perlukan satu masa tertentu. Seperti dalam masa 1 tahun atau 2 tahun, ini bagi memastikan nilai tersebut tidak menjadi beban kepada emosi. Apabila kita mempunyai masa maka kita boleh pecahkan nilai tersebut dalam setiap hari maka nilainya akan menjadi lebih kecil. 

Jika dalam masa 1 tahun kita perlu dapatkan RM 2777.80 sehari, namun jika kita panjangkan ke 4 tahun maka kita hanya perlukan RM 694.44 sehari. Oleh itu kita yang tentukan bila kita nak capai RM 1 juta tu. Maka rancanglah untuk mendapatkan RM 1juta yang pertama anda agar ia lebih mudah menarik RM yang lebih banyak.

Jom kongsi.
#coretansyah
************************
************************

Sunday, May 4, 2014

Puji diri.

Salam sejahtera,

Syukur Alhamdullilah, kita masih diberipeluang utuk menggunakan nikmat pancaindera dengan sempurna. Kita perlu menggunakan segala kelebihan yang diperolehi ini untuk memberikan yang terbaik untuk diri dan semua makhluk di sekeliling. Kerana sebaik-baik manusia ialah yang benyak memberikan manafaat kepada orang lain. 

Paling mudah ialah yang banyak membantu keperluan orang disekitarnya. Mungkin ada yang bertanya apa yang boleh buat untuk membantu orang lain? Perkara ini adalah sesuatu yang subjektif. Mungkin dengan hanya senyum boleh memberikan keceriaan kepada orang disekeliling maka itu adalah satu kebaikan. 

Apabila kita melakukan kebaikan maka itu dikira pula sebagai sedekah. Banyak betul cara yang boleh dilakukan untuk mengumpul pahala. Bermula pada hari ini kita senyum selama 30 saat kepada diri sendiri. Ini bagi menjadikan kita lebih ceri adan bersemangat untuk menjalani kehidupan seharian. Selepasa itu bagai tahu perkara yang positif kepada diri selama satu minit. 

Apa yang kita boleh cakap dalam masa satu minit? Cuba kita ambil masa dan cakap perkara kebaikan pasti banyak yang kita boleh cakapkan. Dengan cara ini kita dapat memotivasikan diri kita setiap hari. Aktiviti ini sebaiknya dilakukan pada waktu pagi dan sebelum tidur. Kita boleh sediakan skrip untuk memuji diri sendiri pada permulaan supaya ia menjadi kebiasaan. 

Jika kita tidak memberikan kata-kata positif kepada diri sendiri siapa yang akan beri? Bermulalah dengan kita untuk kejayaan diri kita. Setelah semuanya berjalan lancar maka bermulalah untuk kita memberikan kata-kata positif kepada orang disekeliling. Bermula dengan pasangan, anak-anak, rakan sekerja dan yang terlibat dengan kita. 

Mulakan hari ini dan jadikan amalan selama 40 hari pasti kita akan mersai perubahannya. Seperti kata guru saya jangan percaya apa yang dibaca, buat je dulu dan lihat hasilnya. Yelah kita ni jika tak percaya tak buat untuk percaya pastikan kita buat dahulu. 

Selamat beramal.


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

 

Saturday, April 26, 2014

Apa perniagaan anda?

Salam sejahtera,

Syukur Alhamdulil lah, pada hari ini kita dapat lagi berkongsi cerita. Maklumlah kita ni kan suka dengar cerita. Sambil-sambil semak fb terlihat satu status dari Raja Kamil, status tu berbunyi "peniaga usaha dan masa". Saya begitu teruja dengan status tu maklumlah siap yang boleh berniaga usaha dan masa ni. 

Walaupun cukup ringkas status tersebut namun ia membuktikan bahawa semua orang adalah peniaga. Apa yang dimaksudkan disini ialah seorang pekerja makan gaji pun adalah seorang usahawan iaitu usahawan usaha dan masa. 

Bagi usahawan jenis ini mereka tidak dapat nak melipatgandakan pendaptan kerana ia telah ditetapkan pada setiap bulan. Walaupun usaha yang dilakukan adalah berganda-ganda namun pendapatan pada setiap bulan adalah sama. Dengan keadaan ini maka berlakulah perkara-perkara yang kurang enak dengan istilah "curi tulang", "mengular" dan sebagainya. 

Tapi saya pasti yang membaca pos ini bukan begitu kan. Semua yang baca ni nak berubah ke arah yang lebih baik kan. Tak salah makan gaji kerana ia merupakan satu langkah permulaan ke arah usahawan berdikari. Seperti kata Dr. Azizan Osman pakar keusahawana #1 Malaysia dan Asia tu, "kita yang perlu berubah dahulu baru boleh mengubah orang lain". 

Tanamkan satu niat dan tekad untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya pada satu masa nanti. Penuhkan ilmu yang berkaitan agar kita mudah untuk melakukannya. Selain itu kita perlu sedar setiap yang berlaku adalah perancangan dari Yang Maha Kuasa. Maka kita usaha dan mohon apa yang kita perlukan kerana Dialah yang maha memberi. 

Sekian, 
Fast Action, Fast Result (FAFR)

Jom kongsi.
#coretansyah

************************
************************

Saturday, April 12, 2014

Adakah anda usahawan?

Salam sejahtera,

Syukur Alhamdulillah, pada hari ini kita dapat lagi berkongsi cerita. Maklumlah kita ni kan suka dengar cerita. Sambil-sambil semak fb terlihat satu status dari Raja Kamil, status tu berbunyi "peniaga usaha dan masa". Saya begitu teruja dengan status tu maklumlah siap yang boleh berniaga usaha dan masa ni. 

Walaupun cukup ringkas status tersebut namun ia membuktikan bahawa semua orang adalah peniaga. Apa yang dimaksudkan disini ialah seorang pekerja makan gaji pun adalah seorang usahawan iaitu usahawan usaha dan masa. 

Bagi usahawan jenis ini mereka tidak dapat nak melipatgandakan pendaptan kerana ia telah ditetapkan pada setiap bulan. Walaupun usaha yang dilakukan adalah berganda-ganda namun pendapatan pada setiap bulan adalah sama. Dengan keadaan ini maka berlakulah perkara-perkara yang kurang enak dengan istilah "curi tulang", "mengular" dan sebagainya. 

Tapi saya pasti yang membaca pos ini bukan begitu kan. Semua yang baca ni nak berubah ke arah yang lebih baik kan. Tak salah makan gaji kerana ia merupakan satu langkah permulaan ke arah usahawan berdikari. Seperti kata Dr. Azizan Osman pakar keusahawana #1 Malaysia dan Asia tu, "kita yang perlu berubah dahulu baru boleh mengubah orang lain". 

Tanamkan satu niat dan tekad untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya pada satu masa nanti. Penuhkan ilmu yang berkaitan agar kita mudah untuk melakukannya. Selain itu kita perlu sedar setiap yang berlaku adalah perancangan dari Yang Maha Kuasa. Maka kita usaha dan mohon apa yang kita perlukan kerana Dialah yang maha memberi. 

Sekian, 
Fast Action, Fast Result (FAFR)

************************
************************

Saturday, March 29, 2014

Bahagikan orang lain...

Salam sejahtera,

Apabila kita bersama dengan kelauarga kita inginkan kebahgiaan, bagi mendapatkan kebahagian kita sepatutnya membahagiakan orang lain. Seperti hukum alam atau bahasa sekarang ialah Law Of Attraction (LOA) apa yang kita bagi akan kembali kepada kita.

Itulah yang dipercayai oleh golongan yang terdahulu, oleh itu mereka lebih banyak membantu orang lain supaya perjalanan merka menjadi lebih mudah. Sama seperti kita apabila tidak menyukai sesuatu kita akan komplin dan menyalahkan pihak lain. Adakah pernak terdetik dihati kita untuk menjadikan perkara itu lebih baik?

Apabila kita banyak membantu membahagiakan orang lain maka kebahagiaan akan datang kepada kita tanpa  disedari. Ia akan berlaku secara sepontan dan kita seakan terlupa bahawa itu adalah kemudahan akibat daripada usaha sebelumnya.

Bagi mencapai kebahagian maka berusahalah membahagiakan orang lain, paling mudah ialah gembirakan kanak-kanak dengan sedikit pemberian. Pasti kita akan bahagia dan tenang.

Bagi menjadikan pemberian kita lebih diberkati dan bermanafaat, saya cadangkan kita baca buku 9 formula pantas seru rezeki. Buku ini memberikan banyak contoh dan cara bagaimana mempercepatkan sesuatu keperluan kita. Paling syok tu ada diajar susuk sedekah... Jika  kawan-kawan nak tahu klik je kat gambar bawah tu. Klik ye rugi jika terlepas....

Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.













Jom kongsi.
#coretansyah

************************
************************

Wednesday, March 19, 2014

Kenapa 10%?

Salam sejahtera,

Pada hakikatnya kita semua tahu berkaitan dengan sedekah, banyak hadis dan dalil Al-Quran yang menggalakan kita untuk bersedekah. Namun masih menjadi persoalan berapa banyak yang perlu di sedekahkan?

Kita dianjurkan untuk memberi sebahagian daripada pendapatan, jika kita diberikan RM100 dan diminta berikan sebahagian daripadanya kepada Dolah pada pandangan anda berapa banyak yang anda akan berikan?

Jika sebahagian kecil, mungkin jumlahnya ialah 5-10 peratus.
Jika sebahagian besar, mungkin jumlahnya ialah 60-90 peratus
Jika sebahagian, mungkin jumlahnya ialah 20-40 peratus.

Situasi di atas adalah kemungkinan atau anggaran yang akan dibuat. Namun itu tidak semestinya betul, hanya secara kefahaman kasar.

Oleh itu paling minimum untuk kita sedekah ialah 10% dari pendapatan, kerana setiap sedekah yang kita berikan akan mendapat 10 kali ganda ganjaran. Ada juga yang mengatakan apabila kita perlukan RM1000 maka sedekahlah RM100. Maka sedekahlah lebih banyak kerana kita akan mendapat lebih 
banyak ganjaran.

Seperti para jutawan sedunia lakukan, mereka lebih banyak menggunakan hasil perniagan ke arah kebajikan. Kita yang yakin dengan janji Allah serta Rasullah maka sepatutnya lebih banyak membantu orang disekeliling. Sama seperti satu maksud Al-Quran, jadilah orang yang banyak memberikan manafaat kepada makhluk disekeliling.

Dari sekarang kita usahlah berkira-kira apabila ingin melakukan kebaikan, agar Allah tidak berkira-kira dengan apa yang kita minta. Sentiasalah bersedekah bukan hanya dengan wang malah segala kebaikan yang dilakukan adalah sedekah.

Ingin mengetahui lebih banyak berkaitan cerita sedekah dapatkan 9 formula pantas seru rezeki, banyak cara yang boleh dilakukan sebagai sedekah.

Selamat bersedekah.

************************
************************

Thursday, March 13, 2014

Sentiasa bersyukur

Syukur Alhamdullilah, 

Pada hari ini kita masih berpeluang untuk membantu sesama insan. Apabila berlaku sesuatu peristiwa maka akan ada hikmah disebaliknya. 

Namun kita biasanya akan cuba mencari kesalahan orang lain sebelum melihat diri sendiri. Sempena hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari, kita patut muhasabah atau merenung apa yang cuba disampaikan oleh Yang Maha Kuasa dengan peristiwa yang berlaku disekeliling.

Petikan ini saya dapat dari guru yang banyak mengajar saya untuk berjaya di dunia dan akhirat. Semoga anda semua mendapat sedikit ilmu. 

Bila Allah swt Beri Peringatan

Ada sesetengah manusia yang suka MENUDING JARI sepanjang hari menyalahkan orang lain di atas sesuatu kejadian.
Ada orang kata, kapalterbang ini hilang sebab
Pemimpin rasuah
Pembangkang masalah
Dan macam-macam lagi TUDING JARI yang berlaku. Mungkin betul mungkin tidak, kita pun tidak tahu sebab kita bukan Tuhan.
Kenapa tak kata perkara ini berlaku mungkin kerana (Sambil tuding jari ke kepala sendiri seperti saya selalu buat)
Mungkin kerana solat 5 waktu “aku” tidak cukup bagus
Mungkin sebab solat “aku” tidak khusyuk
Mungkin “aku” kurang membaca Al-Quran dan banyak sangat tonton TV dan main game
Mungkin sebab “aku” kurang bersedekah dan berzakat
Mungkin sebab “aku” kurang solat malam dan hilangnya pun time 2.40 awal pagi waktu terbaik tahajud
Mungkin sebab “aku” kurang solat taubat
Mungkin peringatan untuk “aku”
sentiasa bertaubat dan ingat mati itu pasti
Mungkin sebab “aku” banyak dosa
Mungkin peringatan sebab “aku” banyak mengutuk mencaci memfitnah orang
Mungkin ia tanda tanda untuk “aku” belajar bersangka baik dengan Allah swt dan meyakiniNya dengan solat hajat lebih.
Mungkin “aku” lalai dan leka selama ini dan masanya untuk ingatNya
Hentikanlah menjadi “hakim negara”. Jika kita tidak suka orang buat kepada kita, kita jangan buat kepada orang. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Allah swt.
Marilah “aku” kembali kepada meyakiniNya.
Ingatan ini khas untuk diri “aku” sendiri. Aku sebenarnya lemah dan tidak ada daya upaya melainkan dengan izinNya.
Dia Maha Menguasai segala sesuatu. Tidak bergerak satu zarah pun melainkan izinNya dan apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya bagi mereka yang berfikir dan beriman kepadaNya. Ya Allah, Ya Somad Ya Somad Ya Somad, Kau sampaikanlah hajat kami Ya Allah, berikanlah kami petunjuk jelas di mana #MH370 ini dengan kadar segera Ya Allah, agar terlerai setiap kesimpulan perkara ini Ya Allah. Ampunilah kami Ya Allah, rahmatilah kami Ya Allah, kami umat kekasihMu Rasulullah saw. Al-Fatihah. Amin.


http://www.rahsiapendapatanpasif.com
 

Thursday, March 6, 2014

Ilmu adalah rezeki

Syukur Alhamdullilah,

Akhirnya dapat juga berkongsi ilmu yang dipelajari dengan beberapa orang rakan. Walaupun hanya kenal beberapa hari namun ia menjadi lebih akrab dengan setiap perkongsian yang kita lakukan.

Benarlah seperti dikata, apabila ilmu dikongsi maka ia akan menjadi lebih banyak. Kefahaman menjadi lebih jelas dan mudah. Ini kerana sebelum perkongsian dilakukan maka persediaan perlu dilakukan secara tidak langsung ia menjadikan satu cara untuk mengulangkaji. 

Apabila timbul persoalan maka ia lebih mudah untuk diselesaikan kerana mendapat pelbagai pandangan dan idea baru. 

Namun sering di katakan kita tidak mempunyai ilmu untuk dikongsikan, inilah kesilapan kita malah guru saya amat menekankan kita supaya berkongsi ilmu. Malah boleh dikatakan satu dosa apabila kita tidak berkongsi dengan rakan-rakan atau mereka yang memerlukannya. 

Walaupun kita hanya mempunyai ilmu membuat airsirap bandung special. Itu pun kita perlu kongsikan kerana ia mungkin menjadi sumber rezeki kepada mereka. Namun masyarakat kita sekarang risau untuk berkongsi apabila melibatkan peruk nasi mereka. 

Dirisaukan rezeki mereka akan berkurang kerana sudah ada pesaing. Ini kita perlu lihat dalam sudut lain kerana rezeki adalah milik Allah. 

Oleh itu kongsilah ilmu agar kita mendapat lebih banyak ilmu. 


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

 

Wednesday, March 5, 2014

Masa = RM?

Salam sejahtera,

Demi Masa.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
1-3, Al-Asr

Sudah hampir suku tahun 2014 berlalu namun adakah kita masih seperti awal tahun? Perhatikan dalam diri pasti akan ada perubahan yang berlaku kan. Paling tidak umur kita semakin bertambah, kita masih tidak percaya kah bahawa Allah sendiri telah berfirman bahawa manusia itu dalam kerugian?

Pernah kah kita terfikir kenapa kita rugi? Yalah kerana kita tidak terasa setiap saat yang berlalu, tetapi setiap saat tersebut tidak akan kembali lagi. Supaya setiap saat dan minit itu terasa berharga kita boleh anggap bahawa setiap minit itu adalah wang, 1 minit bersamaan RM 1 maka dalam satu hari kita ada RM 1440.

Sanggupkah anda membuang setiap RM yang anda miliki? Bagaimana nak pastikan setiap RM itu bermanafaat untuk kita? Tentu itu menjadi persoalan dalam benak pemikiran kita kan. Setiap masalah akan ada penyelesaiannya ketahuinya dalam 9 Formula Pantas Seru Rezeki anda pasti tersenyum lebar seperti mereka yang telah mendapatkannya.

************************
************************

Wednesday, February 19, 2014

Kejayaan pertama ialah....

Salam sejahtera,

Semua orang ingin berjaya, namun berapa ramai yang tahu bahawa dia telah berjaya? Jika ingin ditafsirkan kejayaan, ia berbeza bagi setiap individu, kelompok bidang dan kerjaya.

Sebagai contoh seorang pelajar yang mendapat 1A telah berjaya bagi dirinya jika sebelum ini dia hanya mendapat semua C. Namun bagi kawan-kawannya akan menyatakan dia belum berjaya kerana belum dapat semua A. Kejayan dalam pelajaran bagi masyarakat adalah perlu dapat semua A. Namun bagi pelajar yang hebat, bukan hanya A yang dilihat tetapi berapkah markah yang diperolehi kerana A adalah dalam julat markah 90% - 100%.

Itulah sedikit penjelasan berkaitan dengan kejayaan, namun semua itu terpulang kepada setiap individu kerana kejayaan terletak dalam diri individu tersebut.

Kejayaan pertama ialah terletak dalam minda kita, apabila kita kita akan dapat lakukan maka kita telah berjaya. Sebagai contoh apabila hendak pergi ke sesuatu tempat kita akan memikirkan cara dan jalan yang paling mudah untuk sampai.

Pada masa itu minda kita telah merancang setiap kejayaan yang akan kita lakukan. Namun jika minda kita sentiasa negatif maka kita akan melihat kesukaran yang akan dilalui. Oleh itu pastikan minda kita sentiasa dalam keadaan positif.

Bagi memastikan ia sentiasa positif pastikan kita sentiasa senyum. Amalkan ia kerana ia akan memberikan kesan yang besar dalam kehidupan kita. Kita suka kepada orang yang senyum kan, maka kita senyum supaya orang disekeliling memberikan aura positif.

************************
************************
e="text-align: justify;"> Lagipun senyum adalah sedekah yang paling mudah, tidak perlu keluarkan wang ringgit. Sentiasalah bersedekah supaya kita akan menyeru rezeki dan kejayaan ke dalam kehidupan seharian.

Kata Dr. Azizan Osman "Jangan percaya apa yang diberitahu, tetapi buat dulu, kemudian lihat hasilnya".

Thursday, February 6, 2014

Mulakan dengan doa.

Salam sejahtera, 

Saya doakan anda semua dideraskan rezeki yang berkat, dipermudah urusan dan sentiasa dalam keampunan, rahmat dan berkat Tuhan. Aminn.
 
Setelah sekian lama saya menulis di blog ini, mungkin ini adalah ilmu yang lama tetapi jarang di ketengahkan. Setiap kali kita berjumpa dengan rakan-rakan kita akan memberi salam, sudah pasti kita semua faham bahawa salam adalah doa. 

Sejak dari dahulu lagi kita diajar agar mendoakan kesejahteraan kepada semua orang. Namun apabila kita memberi salam kepada orang yang tidak dikenali maka kita akan dianggap pelik kan. Bagi mengurangkan perasaan itu maka kita perlu berniat untuk mengamalkan sunnah Rasullulah SAW agar kita dapat menegakkan satu sunnah. 

Satu lagi cara ialah sebelum memberi salam kita boleh melrmparkan senyuman yang paling menawan supaya mudah mesra. Lagipun senyuman itu sedekah, maka kita akan mendapat pahala yang banyak. 

Sedikit ilmu yang diamalkan dengan istiqamah akan memberi kesan dalam kehidupan seharian.


Wednesday, January 22, 2014

Berkongsi untuk berjaya.

Salam sejahtera,

Semoga hari ini lebih ceri adan gembira, sentiasalah senyum kerana iamerupakan sedekah yang paling mudah. Senyum merupakan salam yang difahami oleh semua bangsa dan masyarakat. Satu sumber tenaga yang positif untuk diri kita. Apabila kita memberi kita akan dapat sama atau lebih dari apa yang kita berikan.

Terima kasih kepada semua kerana menjadikan hari ini terus positif dengan berfikir, merasa, ucapan dan tindakan kita itu. Apabila suasana positif ia akan memudahkan segala urusan yang akan kita lakukan. Sentiasa ucapakan perkataan yang positif agar diri kita mendapat tenaga yang maksimum pada hari ini. 

Biasanya kita akan tanya apa yang akan diperolehi apabila melakukan sesuatu, mulai sekarang tanya diri kita apa kebaikan yang telah saya lakukan pada hari ini? Ini Agar kita sentiasa bersedia membantu orang yang berada disekeliling. 

Terutamanya apabila kita dapat berkongsi satu ilmu yang kita tahu. Mengikut kata guru saya adalah menjadi satu dosa apabila kita tidak berkongsi kebaikan dan maklumat yang kita tahu untuk membantu lebih ramai orang. 

Oleh itu mulai hari ini marilah kita kongsikan apa yang kita tahu untuk membantu orang ramai yang memerlukan. Setiap orang pasti ada sesuatu yang mereka lebih mahir atau pakar. Jika anda tahu cara untuk menanam sayur maka ajarlah kawan-kawan atau jiran-jiran untuk melakukannya. Dengan itu mungkin dapat mengurangkan beban kewangan yang mereka alami. 

Disebabkan perkongsian kebaikan  akan menghasilkan lebih banyak kebaikan maka saya ingin kongsikan satu video yang telah memberi satu peluang kepada saya. Semoga dengan perkongsian ini akan membuka peluang untuk kita semua. Klik untuk tonton.

Terima kasih kepada semua yang memberikan masa untuk berjaya.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

 

Thursday, January 16, 2014

Kerja Separuh Masa.

Salam sejahtera,
Syukur kerana dapat berkongsi sedikit maklumat dengan anda semua di sini. Sebagai perkongsian terutama kapada anda yang ingin mencari sumber pendapatan tambahan secara separuh masa (part time). Jika nak buat sepenuh masa pun boleh juga namun mulakan dahulu dan belajar sehingga mahir segala ilmu yang perlu anda tahu.
Untuk menambah sumber pendapatan ada banyak cara, namun saya hanya ingin menceritakan berkaitan dengan sistem affiliate. Apakah afiliate? Bagi anda yang belum mengetahui apa itu affiliate, secara mudah ialah agen kepada penjual atau pemilik perkhidmatan. Sebagai contoh anda ada seorang kawan A yang membuat katering untuk kenduri kahwin.
 Anda sebagai seorang kawan sentiasa memberi cadangan kepada bakal pengantin untuk menggunakan perkhidmatan si A ni. Setiap kali ada tempahan yang diterima oleh si A disebabkan cadangan anda, maka si A memberikan komisen mungkin 10% - 20% kepada anda. Itulah secara mudah affiliate di dunia nyata, namun apa yang berlaku kini ialah dialam maya atau alam siber.
Terdapat banyak peluang untuk kita mendapatkan pendapatan tambahan dengan cara ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah menyuruh bakal pembeli melawat ke web yang anda cadangkan. Setiap pembelian yang berlaku disebabkan cadangan anda, maka penjual atau penyedia perkhidmatan tersebut akan membayar anda mengikut kadar yang telah di persetujui.
Sudah banyak nama besar dalam industri ini yang berjaya mendapat pendapatan sehingga empat angka sebulan. Antara nama besar yang terlibat ialah Rahman Basri, Zamri Nanyan, Razif dan ramai lagi. Namun untuk berjaya dalam sesuatu bidang anda memerlukan maklumat atau ilmu dalam bidang tersebut.
Seperti juga apabila anda hendak belajar memandu, anda perlu ada ilmu berkaitan jalanraya dan kenderaan yang hendak dipandu. Bukan terus je pandu resiko untuk kemalangan adalah tinggi. Anda boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan affiliate dibanyak laman web, namun pastikan ia berbaloi dengan masa yang anda peruntukkan serta wang (jika perlu) yang dilaburkan.
Semoga anda mendapat maklumat berkaitan dengan affiliate.
Terima kasih.

************************
************************

Friday, January 10, 2014

Pelaburan pilihan.

Salam sejahtera,

Banyak perkara yang kita ingin lakukan bagi menambah pendapatan kan. Salah satuu yang paling terkenal ialah pelaburan. Pada masa kini banyak produk pelaburan yang ditawarkan seperti pelaburan emas, pelaburan hartanah dan pelaburan saham.

Namun dua pelaburan paling utama sering ditekankan oleh mereka yang telah berjaya ialah pelaburan akhirat dan pelaburan ilmu. Tentu kita tahu bahawa sedekah merupakan pelaburan yang sememangnya akan memberikan pulangan berlipatkali ganda.

Seperti firman Allah dalam Al Quran surah Al-Baqarah, Ayat 261 bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Manakala ilmu yang diperolehi akan lebih membantu kita dalam kehidupan seharian. Jika kita ingin melabur dalam pasaran saham maka kita perlu tahu ilmu berkaitan saham. Sama juga jika kita ingin menguasai sesuatu kemahiran seperti membuat kek atau biskut maka kita perlu menguasai kemahiran tersebut dengan ilmu.

Bagi pelaburan terhadap ilmu banyakk cara yang boleh kita lakukan seperti membaca. menghadiri seminar, mengikuti kelas dan bertanya kepada mereka yang lebih tahu. namun bagi kita yang masih belajar ni pelaburan ilmu yang paling murah dan mudah ialah dengan membaca. Bermodalkan RM 1 atau RM 2 pun kita dah boleh dapat ilmu yang banyak.

Setelah mendapat ilmu tersebut paling utama ialah mengamlkannya dan bertindak, kerana ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Apabila kita tidak bertindak maka ilmu itu tidak dapat membantu kita dalam kehidupanoleh itu bertindak lah dengan ilmu yang kita perolehi supaya ia boleh memberikan hasil kepada kita.

Semoga kita dapat membuat pelaburan yang paling mudah ini supaya kehidupan kita akan lebih terjamin dan sentiasa ceria dengan rezeki yang melimpah. Kita boleh mulakan dengan ebook 9 formula pantas seru rezeki, supaya kita lebih yakin dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah setiap hari.


************************
************************