Pages

Saturday, November 30, 2013

Bertindak

Syukur Alhamdullilah,

Banyak ilmu yang diperolehi dalam minggu ini, biasalah apabila kita menghadiri sesuatu seminar atau bengkel maka banyak yang akan kita perolehi. Terkadang terasa macam terlebih maklumat, namun yang pasti makin kita belajar makin banyak yang kita tidak tahu.

Seperti firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 109 yang bermaksud, "Kalau sekiranya lautan laksana tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, nescaya akan keringlah lautan itu sebelum habis kalimat-kalimat Tuhanku, dan walaupun didatangkan lagi sebanyak itu sebagai tambahan." Ilmu Allah sangat luas untuk kita pelajari, kerana itulah satu cara untuk kita mengenal Tuhan.

Apakah yang kita akan lakukan dengan maklumat yang diketahui? Itu merupakan persoalan yang perlu ditanya setiap kali selepas seminar atau bengkel. Ramai dikalangan kita yang mengikuti seminar hanya mengikut kawan bukan dengan kehendak sendiri. Tidak mengapa kerana itu merupakan permulaan untuk berubah. 

Yelah apabila kita menghadiri sesuatu seminar atau bengkel kita akan mendapat ilmu baru, maka itu adalah langkah menjadi lebih baik dari semalam. Ini menjadikan kita sebagai orang yang berjaya kerana kita telah menambah nilai diri. Adalah lagi baik apabila kita sudah mempunyai ilmu dan segera mengambil tindakan. 

Beza antara orang gagal dan berjaya ialah berapa cepat tindakan yang diambil. Menurut Dr. Azizan Osman ramai orang yang gagal kerana tidak memulakan tindakan. Itulah kesalahan utama bagi mereka yang ingin berjaya. Kita sudah pasti ingin menjadi orang yang berjayakan. Oleh itu mulakan tindakan sekarang dengan ilmu yang kita perolehi. 

Walaupun tindakkan kita itu kecil pasti akan memberi kesan yang besar terhadap kehidupan kita. Seperti sebuah kapal yang belayar, dengan sedikit perubahan arah akan menjauhkannya dari destinasi yang ingin dituju. Namun kita lakukan perubahan bagi mencapai matlamat atau impian yang dirancang. 

Pastikan perubahan yang dilakukan itu berlaku secara istiqamah agar hasilnya berkekalan. Teruskan berubah dan bertindak.

Sekian.

Tuesday, November 12, 2013

Comfort Zone

Syukur Alhamdullilah,

Hari ini adalah lebih baik dari semalam, masih diberi peluang untuk bersedekah dan berzikir. Sepanjang masa kita dihidangkan dengan berbagai-bagai cerita tentang kehidupan. Namun sejauhmana kita menerima setiap cerita atau berita tersebut?

Kita ada pilihan untuk dilakukan samaada terus terima atau menapis dan berfikir dahulu sebelum terima. Semua itu akan mudah diakukan jika kita mempunyai ilmu. Oleh itu tahniah diucapkan kerana kita sekarang sedang menambah ilmu.

"Comfort Zone" sangat sinonim kepada orang yang selesa dengan keadaan diri mereka sekarang. Tentu kita pernah dengar cerita Katak Rebus. Ini bukan cerita makanan eksotik, ia mengisahkan seekor katak yang hebat namun.......

Ceritanya begini, pada suatu hari dalam sebuah makmal sains terdapat sekumpulan penyelidik sedang menjalankan satu kajian berkaitan dengan katak. Katak merupakan haiwan dua alam yang mempunyai kehebatan untuk menyesuaikan suhu badan mengikut persekitaran.

Dalam kajian tersebut dua eksperimen telah dilakukan, eksperimen pertama dimulakan dengan merebus air dalam sebuah bekas sehingga mendidih. Kemudian katak dimasukkan dalam bekas tersebut, cuba teka apa hasil yang diperolehi? Dengan pantas katak terus melompat keluar dari bekas tersebut. Yelah dah air panas tentulah terkejut, terus bertindak dengan serta-merta.

Bagi eksperimen kedua, penyelidik meletakan katak di dalam bekas yang berisi air kemudian bekas tersebut dipanaskan perlahan-lahan. Apabila suhu air makin meningkat katak masih berada di dalam bekas tersebut sehinggalah air mendidih. Maka katak kedua telah menjadi katak rebus.

Kenapa ia berlaku? Dalam situasi yang pertama apabila katak dikejutkan dengan sesuatu yang drastik maka ia akan bertindak dengan segera. Namun dalam situasi kedua katak tersebut telah menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling sehingga rasa selesa walaupun ia merbahaya kepada dirinya.

Itulah bahayanya zon selesa (comfort zone), kita kena pastikan kita tidak terlalu lama dalam zon tersebut. Pastikan kita melakukan sesuatu apabila berada dalam keadaan tersebut, paling mudah lakukan penghijrahan. Kenalpasti zon selesa kita, jika zon selesa kita ialah rumah cuba cari tempat lain untuk bercuti cuba perkara yang sukar dari di rumah.

Jika zon selesa kita ialah keluarga cuba pergi seminar dua atau tiga hari agar berjauhan dari keluarga. Jika zon selesa kita ialah kerja minta cuti dan pergilah bercuti agar kita tahu susah jika tak dapat gaji. Apapun zon selesa kita cubalah lakukan sesuatu agar kita tidak terkejut dengan sesuatu yang drastik.

Paling mudah untuk ubah ialah dengan membaca kerana ramai dikalangan kita susah hendak membaca terutamanya berkaitan dengan kemahiran tertentu. Kita selesa dengan kemahiran yang kita ada tetapi tak rugi kita tahu kemahiran lain terutama yang tiada kaitan dengan kepakaran kita selama ini.

Mulakan sekarang dan kita pasti akan berjaya.

http://www.rahsiapendapatanpasif.com

Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.

Sunday, November 3, 2013

Hijrah minda

Salam sejahtera,

Syukur Allahamdullilah, kita dapat lagi berjumpa dengan tahun baru Islam. Banyak pengajaran yang kita dengar semasa perjalanan hijrah Rasullullah SAW dari Mekkah ke Madinah. Namun sejauh mana kita dapat menghayati maksud disebalik Hijrah tersebut?

Kita pada masa kini sibuk nak berhijrah, namun tidak tahu apa yang kita nak hijrahkan. Dalam suasana kita pada masa kini paling utama ialah hijrahkan minda kita supaya melakukan perkara yang positif sahaja. Terlalu banyak kerak yang terdapat dalam fikiran kita maka kita menjadi penat untuk berfikir.


Pastikan minda kita hijrah ke arah yang lebih baik, paling utama ialah ubah sikap. Hanya dengan mengubah sikap sahaja kita akan menjadi lebih baik. Paling mudah untuk berhijrah ialah membaca, tambah ilmu terutama dalam kepakaran kita. Apabila kita sudah cukup pakar dalam sesuatu bidang maka mudah untuk kita berjaya.

Melalui pembacaan kita dapat meningkat kemahiran diri. Jika mempunyai modal lebih maka kita boleh menghadiri seminar atau bengkel kemahiran tersebut agar lebih cepat kita faham dan dapat diamalkan. Bagi memastikan minda kita sentiasa positif, sentiasalah berkawan dengan orang-orang yang positif.

Seperti kata pepatah "jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita pun akan dapat wanginya, begitu juga jika kita berkawan dengan tukang besi maka kita pun akan berbau asapnya". Kitalah yang memilih apa yang kita perlukan dalam perjalanan ini.

Mulakan dengan membaca kerana ia adalah paling mudah. 

Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.