Pages

Friday, January 18, 2013

Belajar dari Iblis?

Salam sejahtera,

Semoga kita mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ilmu kehidupan adalah sangat luas pilihlah yang terbaik untuk diri sendiri. 

Hari ini semasa program budaya Al Quran ustaz ada bagi tahu bahawa ada satu sifat yang kita boleh contohi dari Iblis. Jika kita sanggup belajar maka kita akan pasti lebih berjaya. Tidak kira dari siapa ilmu tersebut, hanya perlu pastikan ia adalah yang baik.

Satu sifat yang sentiasa Iblis amalkan ialah rajin berusaha, apabila mereka tidak dapat menyesatkan manusia dengan cara biasa, mereka akan cuba cara yang lain. Sifat inilah yang sepatutnya ada pada diri setiap orang.

Tidak mudah putus asa dan mempunyai cara berfikir yang kreatif perlu kepada setiap insan yang ingin berjaya. Namun kita semua perlu menghindari segala perbuatan kurafat agar sentiasa mendapat rahmat dari Allah. 

Pastikan ambil yang baik untuk diamalkan agar kita lebih cemerlang dan terbilang.

 9 Cara seru rezeki, klik di sini 

Tuesday, January 1, 2013

Tahun baru 2013, tahun kekayaan...

Salam sejahtera,

Selamat tahun baru 2013, setelah 2 hari berada di tahu baru ni macam tak terasa je kan. Apalagi jika kat negeri tu tak cuti pada 1 Januari. 

Walau apapun tahniah kepada kita yang masih diberi peluang untuk menghirup udara pada tahun 2013 ni. Dengan ruang dan masa yang masih ada maka kita perlu menggunakannya sebaik mungkin. Jadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas, dengan semangat yang lebih baik dan lebih fokus dalam apa pun yang dilakukan.

Dalam paparan berita sambutan tahun baru sangat meriah diseluruh negara, namun apakah yang telah kita lakukan bagi menghadapi masa yang lebih mencabar pada masa hadapan? Kepada kita yang masih diberi peluang ni pastikan paling utama dilakukan ialah menambah ilmu. Hanya dengan ilmu sahaja kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. 

Petikan ayat al-Quran surah ali-'Imran, ayat 110 yang bermaksud: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah. Sepatutnya menjadi satu perangsang untuk kita membuat yang terbaik kerana kita adalah umat yang terbaik bagi manusia. Kita juga perlu labih banyak melakukan amalan kebaikan dan menghalang kemungkaran. 

Semua itu hanya boleh dilakukan dengan ilmu selain daripada kuasa, jangan hanya tahu merusuh dan mengkritik dengan cara yang tidak elok. Perbincangan boleh dijadikan satu pentas yang baik untuk kita lebih berjaya dan dihormati. Seperti kisah Perjanjian Hudaibiyah di antara umat Islam dan pihak musrikin Mekah pada satu masa dahulu.  

Oleh itu gunakan peluang pada tahun 2013 ini sebagai satu pentas untuk kita merancang dan melaksanakan segala perkara yang baik dan mencegah kemungkaran. 

Selamat tahun baru 2013.
Ketahui rahsia menjana pendapatan berterusan! Klik disini: www.rinss.com