Pages

Monday, July 23, 2012

Jom Tadarus

Salam sejahtera,

Jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Sudah hari ke empat bulan Ramadan 1433H, masih lagi dalam pusingan pertama. Dalam pusingan ketiga bulan Ramadan ada satu malam yang paling utama. Pastikan kita dapat malam tersebut, namun mengikut Ustaz nak dapat malam tersebut kena bermula pada pusingan pertama lagi. Jika hanya masuk pusingan ketiga je baru nak kejar kemungkinan tak dapat.

Maka dalam pusingan pertama dan kedua pastikan kita dah berusaha sebaik mungkin untuk mendapat malam yang penuh keberkatan itu. Cara paling mudah ialah membaca Al Quran, sekarang ni banyak cara yang boleh digunakan untuk membaca Al Quran. Kita tidak semestinya perlu ada kitab, malah dalam telefon pintar pun boleh ada Al Quran versi digital. 

Dengan kemudahan teknologi yang makin canggih ni gunakanlah kearah yang boleh memberikan manafaat. Kita akan mendapat keuntungan dunia dan akhirat. Ada kawan saya ni kata mudah membaca Al Quran guna tenologi ni, yelah nak pilih Qari pun boleh. Anak beliau semakin minat untuk mempelajari Al Quran. Bagaimana dengan anda? Bukan hanya untuk anak-anak malah untuk diri sendiri pun boleh ataupun dijadikan hadiah perkahwinan dan hari lahir.

Dapatkan maklumat lanjut dengan klik pada link sebelah: www.tinyurl.com/kalamoden

Tuesday, July 17, 2012

Selamat berpuasa

Salam sejahtera,

Sedar atau tidak kita sekarang dah hampir kepada bulan yang penuh keberkatan. Kunjungannya amat dinantikan oleh orang-orang yang mengetahui kehebatanya. 

Segala amalan yang dilakukan akan dibalas berlipat kali ganda, hanya sedikit usaha hasil adalah paling lumayan.Rezeki menjadi bertambah-tambah, keberkatan melimpah ruah. 

Buatlah amalan agar mendapat pulangan dan bekalan yang berpanjangan. Didalamnya ada terdapat satu malam yang menjadi buruan. Hanya usaha satu malam hasilnya seupama seribu bulan. Jangan lah kita alpa dan lupa kedatangannya. Tingkatkan pengetahuan agar kita akan lebih bersedia dan tangkas menyambut kedatangannya. 

Selamat datang bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan rahmat.

 Membaca Al Quran merupakan cara yang paling mudah mendapatkan pahala, kerana setiap huruf ada ganjarannya. Pada zaman  ini kita lagi mudah kerana terdapat Al Quran digital mudah untuk dibawa kemana-mana.

Sekian