Pages

Tuesday, March 27, 2012

Ujian lagi...

Salam sejahtera,

Semoga anda semua sihat dan ceria. bagi pelajar SPM 2011 keputusan telah di umumkan tahniah kepada yang berjaya. Namun bagi yang tidak cemerlang jangan berputus asa kerana perjalanan anda masih jauh. Banyak perkara yang boleh dilakukan bagi mendapat kesenangan hidup. 

Setiap kali kita belajar pasti akan ada ujian, kenapa perlu dengan ujian? Dalam hidup pun ada ujian yang perlu dilalui namun  kita tidak sedar bahawa itu adalah ujian. Kerana ia datang dalam berbagai bentuk dan cara. 

Kita hanya menganggap ujian apabila di timpa musibah atau masalah, tetapi jarang menggap bahawa kesenangan juga adakala boleh menjadi satu ujian. Yelah adakah kita akan bersyukur apabila menerima kemudahan atau kesenangan. Manusia hanya tahu merungut apabila di timpa masalah atau musibah. 

Bagi orang yang beriman, apabila menghadapi musibah mereka akan memohon ampun dan bertaubat, manakala apabila menerima kesenangan mereka akan bersyukur. 

Ingin Jadi Bos??? Klik Pada Link: www.rinss.com

Thursday, March 1, 2012

Anda yang pilih

Salam sejahtera,

semoga anda semua sihat dan ceria. Sudah lama tidak menulis disini. Mungkin tiada masa atau tiada kesempatan untuk memberikan maklumat baru. 

Namun semua itu adalah alasan yang menjadi satu halangan kepada kejayaan. Atasi halangan itu dengan menwujudkan kegairahan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Dengan kegairahan yang tinggi kita akan sanggup untuk melakukan apa sahaja asalkan kita puas dan suka.

Sama juga jika kita ingin memulakan perniagaan atau mendapatkan pendapatan tambahan di internet. Semua yang kita dengar adalah mudah untuk menjalankan perniagaan di internet. Namun semua itu akan menjadi kenangan apabila anda melakukan dengan separuh hati atau tujuan yang tidak tepat. Paling utama ialah ilmu yang perlu ada sebelum memulakan perniagaan. 

Kebanyakan mereka yang berjaya mempunyai ciri-ciri yang hampir sama iaitu tidak mudah putus asa dan sentiasa mencari ilmu. Hanya dengan ilmu akan mengubah kehidupan kita. Seperti firman Allah di dalam Al Quran "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" Surah Ar Ra'd, ayat 11.

Bagi mengubah diri anda cera yang paling mudah ialah mencari ilmu, terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan ilmu antaranya ceri guru, menghadiri bengkil atau seminar dan yang paling murah ialah membeli buka dan baca. Saya pasti anda semua boleh membaca maka tambahlah ilmu dengan membaca perkara yang kita ingin lakukan. Mulakan sekarang agar anda akan lebih mudah untuk berjaya pada masa hadapan. 

Sekian.
p/s: bagi sesiapa yang berminat nak  mulakan perniagaan internet anda boleh klik disini.