Sebagai seorang yang diberikan akal maka keputusan adalah terletak di tangan kita. Jangan hanya menyalahkan orang dan persekitaran. Memberi alasan akan mendedahkan kelamahan diri. Kegagalan yang diperolehi adalah lebih baik setelah kita melakukan segala usaha dan ikhtiar.
Kegagalan tidak akan berlaku jika kita tidak melakuka apa-apa. Begitu juga dengan kejayaan tidak akan dicapai jika kita tidak bertindak. Setelah tindakan diambil akan ada dua sahaja jawapan iaitu kejayaan atau kegagalan. Namun dengan usaha dan perancangan yang baik pasti kejayaan adalah hasil utama. Halangan yang berlaku perlu dijadikan sebagai panduan pada masa akan datang.
Pilihan ditangan anda kerana untuk gagal bukan perkara yang mudah begitu juga untuk berjaya, maka pilihlah untuk berjaya kerana kejayaan akan memberikan buah yang manis. Kadang-kala kita juga akan mendapat buah yang pahit dan kelat, anggaplah ia sebagai penawaruntuk kita terus bangkit untuk berjaya.
Ada pepatah berkata orang yang bijak ialah mereka akan mengambil pengajaran daripada kegagalan. Sentiasa berusaha akan membuahkan hasil, apabila ditambah dengan ilmu dan kepakaran yang kita ada. Tuntutlah ilmu jika anda ingin berjaya..

