Salam luar biasa bagus....
Kepada semua pelajar dan pensyarah unit fizik kerana telah berjaa mendapat keputusan yang cemerlang dalam PSPM 1 yang lepas. Segala usaha dan kerja keras anda telah menampakkan hasil. Kita sepatutnya lebih bersyukur dengan apa yang telah diperolehi ini dan jangan terlalu leka.
Kejayaan adalah amat manis dan menyeronokan namun dapat mengekalkan nya adalah lebih manis dan seronok. Sekarang bagi sem 2 ni semua pelajar perlulah lebih berusaha terutamanya kepada yang pertengahan kerana anda boleh mendapat kecemerlangan. Mungkin kaedah belajar yang diamalkan perlu diubah bagi mencipta kejayan.
Perubahan yang sedikit boleh memberikan impak yang besar. Kejayaan akan boleh dicapai jika perubahan yang dilakukan adalah sesuai dan betul. Bagi melakukan perubahan maka anda perlu mendapatkan guru dan orang yang boleh membantu anda untuk berubah. Mulakan sekarang bersempena dengan sambutan tahun baru pada minggu hadapan. Tanamkan azam yang dapat meningkatkan kejayaan dalam kehidupan anda pada masa hadapan.
www.remajadigital.com