Salam
Semoga anda semua sentiasa luar biasa bagussss.........
Hari ni dah sebulan pelajar mendaftar di KMJ, bagi subjek fizik dah masuk bab 4 atau 5 sekarang. pada bulan hadapan 19 Julai hingga 21 Julai 2010 (tertakluk kepada perubahan) akan berlangsungnya ujian pertama bagi pelajar KMJ. Saat yang dinantikan untuk menilai kehebatan pelajar KMJ setelah dua bulan belajar.
Bagi subjek fizik, Ujian Pertengahan Semester (UPS) hanya akan melibatkan empat bab pertama sahaja. Satu soalan bagi setiap bab, oleh itu hanya empat soalan sahaja yang perlu di jawap oleh pelajar. Setiap soalan akan menyumbangkan 10 markah, UPS akan memberikan 10% markah kepada Ujian Akhir nanti.
Diharap pelajar yang terlibat telah bersedia dan melakukan pelbagai latihan dan mempelajari pelbagai kemairan untuk menjawap soalan. Pelajar yang terlibat dengan program yang telah dijalankan gunakan peluang ini untuk mendapatkan kemahiran menjawab dengan betul dan berkesan.
Sekian...