Pages

Wednesday, June 30, 2010

5 sebelum 5

Salam sejahtera,

Semoga anda sentiasa ceria dan jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Setelah sekian lama maka hari ini 30 Jun merupakan hari terakhir untuk pertengahan tahun 2010. Telah cukup 6 bulan kita berada di tahun 2010, sudah bermacam-macam kisah suka dan duka telah kita alami dan lihat. Yang baik bolehlah dijadikan pengajaran namun yang buruk hendaklah dijadikan pengajaran. 

Kita sentiasa lupa itulah kelemahan makhluk yang bernama manusia. Setelah mendapat sedikit kesenangan maka ia akan lupa segala masalah dan penderitaan yang lalu. Kita perlu sentiasa diingatkan oleh sebab itulah maka sentiasalah berpesan pesan kepada kebaikan kerana ia merupakan ciri-ciri orang yang bertakwa. 

Jangan jemu untuk menyuruh berbuat kebaikan namun jemulah untuk membuat kejahatan. Setiap orang boleh menyeru kearah kebaikan namun hidayah hanya terletak pada yang Esa. Jika belum masanya lagi maka ia tak akan berlaku, tugas kita sebagai makhluk ialah membuat kebaikan dan bersabar dalam melakukannya. Semoga Allah akan membantu kita dan merahmati apa yang kita akan lakukan dan yang telah kita lakukan.

Sentiasalah ingat lima sebelum lima
  • Sihat sebelum sakit
  • Muda sebelum tua
  • Kaya sebelum papa
  • Lapang sebelum sibuk
  • Hidup sebelum mati
Sekian
http://www.rahsiapendapatanpasif.com

Tuesday, June 29, 2010

Perubahan itu perlu

Salam sejahtera
Semoga anda semua sentiasa luar biasa bagus. Jadikan hari ini lebih abaik dari semalam. Setelah melalui sepanjang enam bulan pada tahun 2010,bermakna kita telah berada separuh dari pada tahun2010. Apakah yang anda telah lakukan sepanjang masa tersebut? Adakah sesuatu yang dapat membanggakan anda? Tau azam pada tahun ini telah terlaksana?
Bagi yang telah berjaya tahniah, namun kepada yang masih dalam proses kejayaan usahakan dengan penuh daya dan upaya. Bagi mencapai apa yang telah kita rancang perubahan adalah amat perlu. Walaupun sedikit ia sangatlah perlu, dengan adanya perubahan tersebut maka kita semakin hampir denan kejayaan. Bagi seorang pelajar,setiap hari perlukan perubahan kerana anda sentiasa belajar sesuatu yang baru. Pastikan minda anda sedia untuk berubah bagi menerima ilmu. Sentiasalah berfikiran positif agar anda sentiasa ceria. Jika dulu anda buat satu latihan sehari mungkin pada mas ini anda boleh buat lima latihan. Sentiasa lakukan perubahan kearah yang lebih baik. Anda pasti akan mencapai kejayaan.
Sekian.
www.rinss.com

Sunday, June 27, 2010

Sentiasa belajar

Salam sejahtera,
Semoga anda menjadi yang terbaik pada hari ini. Pada setiap hari minggu biasanya masa yang paling sesuai untuk berehat. Namun tak salah jika anda meluangkan masa untuk membaca kerana ia akan memabantu anda bagi menambah maklumat baru.
Anda sepatutnya sentiasa belajar tidak kira masa dan tempat, dengan membaca anda akan dapat tahu sesuatu yang baru setiap hari. Tabiat membaca merupakan kaedah belajar sendiri yang paling murah. Mulakan denagan bahan bacaanyang anda minat. Tidak salah jika anda meminati komik namun pastikan anda mendapat ilmu dari pada bahan bacan tersebut.
Adalah lebih baik jika ilmu yang diperolehi itu boleh digunakan dalam kehidupan anda. Pada masa kini ilmu pengurusan kewangan merupakan salah satu ilmu yang penting kerana ia akan membantu anda untuk berbelanja dengan berhemat. Jika anda sudah mahir dengan ilmu tersebut carilah yang lain kerana ilmu amat banyak dalam dunia ini.
Pastikan anda jadikan amalan agar ia berguna dalam kehidupan dan anda akan kagum dengan diri anda sendiri. Ramai yang telah berjaya mewajibkan diri mereka membaca sekurang-kurangnya1 jam sehari. Anda tidak pwrlu lah baca terus-menerus selama 1 jam tetapi boleh di bahagika kepada beberapa sesi, mungkin 30 minit setiap sesi atau 15 minit setiap sesi. Semuanya terpulang kepada keselesaan anda. Selamat membaca.
Sekian

Larian kakom

 Peserta berbasikal sedang bersedia di Dataran Ledang, Tangkak

 Peserta lelaki bersedia untuk dilepaskan untuk larian KAKOM


Salam sejahtera,
Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria. Pada 26/6/2010 KMJ telah mengadakan larian kakom peringkat kolej sempena KAKOM tahun ini. Larian tahun ini dimulakan dengan kontijen memulakan larian dari Dataran Ledang hingga ke Kolej. Kemudian larian bagi semua pelajar dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Matrikulasi.
Acara ini telah bejalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan sambutan yang diberikan juga amat menggalakka. Bagi larian tahun ni blok E telah menjadi juara keseluruhan bagi kategori perempuan manakala blok A bagi kategori lelaki. Tahniah kepada semua pemenang dan bagi yang tidak jadikan ia sebagai masa untuk mengeratkan persahabatan.
Sekian
http://www.rinss.com

Thursday, June 24, 2010

Amalkan ilmu anda

Salam sejahtera,
Semoga anda semua sentiasa ceria dan gembira. Pagi ni hujan agak lebat kat Tangkak. Mungki ia kan menyukarkan pegarakan. Namun jangan lihat sebagai masalah kerana ia adalah rahmat bagi kita yang sering kepanasan pada 2 bulan yang lepas. Allah telah makbulkan permohonan hamba Nya hari ini.
Amalkan ilmu agar ia memberi pertolongan kepada anda pada masa akan datang. Ilmu yang paling berguna ialah yang sentiasa diamalkan walaupun sedikit. Ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah, manakala ilmu yang diamalkan ibarat pohon yang sentiasa berbuah. Sentiasa memberikan hasih kepada pemiliknya. Mulakan dengan yang kecil jangan nak tunggu yang besar.
Sekian

Kelas tambahan..

Salam
Semoga anda semua sentiasa luar biasa bagus...
Makin hampir dengan hari peperiksaan makin banyaklah nak buat kelas tambahan, tak termasuk kelas yang kena ganti disebabkan hal-hal tertentu.
Namun dengan semangat para pelajar yang sanggup datang rasanya berbaloi untuk buat kelas tersebut. Adakah kedatangan mereka kerana terpaksa atau betul-betul ingin belajar??? Ambil yang positif agar mereka sentiasa bersedia menerima ilmu. Bagi dengan ikhlas akan dapat sampai denagn baik.
Kepada semua pelajar semoga sentiasa bersedia untuk menimba ilmu. Apa-apa pun ilmu yang di terima perlu diamalkan agar ia lebih bermanafaat.
Sekian
ps: ilmu perlu di amal

Sunday, June 20, 2010

Ujian pertama

Salam

Semoga anda semua sentiasa luar biasa bagussss.........

Hari ni dah sebulan pelajar mendaftar di KMJ, bagi subjek fizik dah masuk bab 4 atau 5 sekarang. pada bulan hadapan 19 Julai hingga 21 Julai 2010 (tertakluk kepada perubahan) akan berlangsungnya ujian pertama bagi pelajar KMJ. Saat yang dinantikan untuk menilai kehebatan pelajar KMJ setelah dua bulan belajar.

Bagi subjek fizik, Ujian Pertengahan Semester (UPS) hanya akan melibatkan empat bab pertama sahaja. Satu soalan bagi setiap bab, oleh itu hanya empat soalan sahaja yang perlu di jawap oleh pelajar. Setiap soalan akan menyumbangkan 10 markah, UPS akan memberikan 10% markah kepada Ujian Akhir nanti.

Diharap pelajar yang terlibat telah bersedia dan melakukan pelbagai latihan dan mempelajari pelbagai kemairan untuk menjawap soalan. Pelajar yang terlibat dengan program yang telah dijalankan gunakan peluang ini untuk mendapatkan kemahiran menjawab dengan betul dan berkesan.

Sekian...