Pages

Friday, May 7, 2010

Pendaftaran

Salam
Adakah hari ini lebih baik dari semalam?
Pada 10 Mei 2010, pelajar baru akan mula mendaftar ke kolej-kolej Matrikulasi seluruh Malaysia. Kini terdapat 10 buah kolej matrikulasi termasuk tiga kolej matrikulasi teknikal yang terletak di Johor, Pahang dan Kedah. Program matrikulasi yang sudah 10 tahun di buka telah menjadi sumber pelajar ke semua universiti seluruh negara malahan ada yang keluar negara.

Kepada pelajar yang bakal menjadi warga matrikulasi selamat melangkah ke dunia baru anda. Jadikan kolej matrikulasi sebagai tempat untuk menimba ilmu dan pengalaman baru. Segala ilmu yang diperolehi perlulah dimanafaatkan agar ia boeh digunakan sepanjang hayat anda. Jangan hanya belajar untuk lulus peperiksaan kerana ilmu yang diperolehi biasanya tidak kekal.

Di Kolej Matriklasi Johor (KMJ), Tangkak, pendaftaran akan dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi 1 pada 8.00 pagi dan sesi 2 pada 2.00 petang. Ini bertujuan melancakan perjalanan proses pendaftaran kerana KMJ dijangka memerima 4000 pelajar baru. Semoga semua proses pendaftaran akan berjalan dengan lancar dan selamat.

Selamat Mendaftar.