Pages

Monday, May 31, 2010

Bayar bil diri anda.

Salam

Semoga anda sentiasa sihat dan jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Masalah kewangan sememangnya menjadi masalah kepada hampir semua orang. Akibat dari masalah tersebut boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan keruntuhan rumah tangga. Ada yang tidak setuju namun itulah hakikat yang berlakau sekarang. 

Apabila tidak mampu membayar hutang Ah long mengakibatkan nyawa tergadai. Akibat tidak mampu sediakan keparluan rumah tangga boleh menggoncangkan keharmonian keluarga. Itulah penangan masalah kewangan kepada masyarakat kita pada masa kini.

Segala ini berlaku disebabkan kita tidak mempunyai ilmu berkaitan pengurusan kewangan atau pun cara pengurusan yang tidak betul. Apa yang kita lakukan sekarang telah silap dan ia menyebabkan timbulnya masalah ini. 

Cara yang biasa dilakukan dalam pengurusan kewangan ialah
1. bayar bil dan hutang
2. belanja keperluan
3. hiburan
4. simpanan (jika ada baki)

Anda dapat lihat sekarang? Semua orang akan menyimpan tetapu jika ada wang yang lebih..... adakah anda pasti akan ada yang lebih????

Apa yang anda boleh lakukan sekarang ialah dengan mengubah cara biasa di atas dengan cara di bawah ini.
1. simpan (10%) - bil diri
2. bayar bil dan hutang
3. belanja keperluan
4. hiburan (jika ada baki)

Cubalah cara ini mungkin anda akan dapat lihat perubahan dalam kewangan anda. Amalan yang sedikit lebih baik dari tahu banyak tetapi tidak di lakukan.

Sekian

Wednesday, May 26, 2010

Kewangan kita

Salam
Semoga semua sentiasa luarbiasa bagus.
Bagi yang sakit sentiasalah banyakkan bersabar kerana itu adalah tanda Allah masih sayang pada kita. Bagi yang sentiasa sihat perlu banyakan bersyukur kerana Allah kabulkan doa kita.
Semalam sambil berborak dengan kawan-kawan ada yang mengeluh kerana elaun telah dipotong. Maka pendapatan pun berkurang, timbullah berbagai-bagai cara untuk menambah pendapatan. Memang hebat kan kita ni bila ada masalah akal akan sentiasa membarikan cadangan bagi menyelesaikannya. Namun segala cadangan yang di berikan oleh akal perlulah berpandukan ilmu dan iman. Jika tidak masalah yang akan menimpa.
Setalah sekian lama menimba ilmu berkaitan kewangan, sedikit cadangan yang boleh saya berikan kepada kawan-kawan sekalian. Mengikut semu apakar kewangan tak kira lah yang dalam negara atau luar negara semua mencadangkan agar kita menabung. Kenapa menabung? Yelah nak kaya tak kan nak simpan je... Bila pula nak guna? Sebenarnya bagi peringkat permulaan kita perlulah menabung untuk mengumpul dana atau modal. Setelah dana mencukupi maka boleh lah kita bergerak untuk keperingkat yang lebih tinggi.
Oleh itu bagi permulaan ni mulakan lah menabung, bagi yang berkerja saya sarankan buat potongan gaji sebanyak 10 % dari pendapatan bulanan anda. Dimana nak simpan ye?? dimana-mana yang sesuai dan jika dapat yang boleh memberikan pulangan yang lumanyan seperti Tabung Haji atau ASB. Mulakan sekarang....
Sekian

Monday, May 24, 2010

Cabaran atau masalah

Salam sejahtera,

Semoga anda semua sentiasa ceria dan sihat.

Setiap orang ada masalah dan dugaan dalam kehidupan. Jika dah tak ada cubaan bukan kehidupan lah kot. Namun cara kita menangani masalah adalah berbeza bagi setiap orang.

Bagi yang mudah putus asa setiap masalah adalah kesusahan dan tidak ada jalan penyelesaian.

Bagi yang ingin berjaya setiap masalah akan dilihat dari sudut yang berbeza. Masalah yang dihadapi dianggap sebagai satu cabaran dan boleh diatasi. Cara mengatasi masalah ini lah yang akan membuat kan setiap individu yang berjaya itu berbeza.

Contoh mudah jika kita hendak menyeberang sungai, kita boleh berenang, boleh juga menaiki bot atau sampan, membina titi atau jambatan, mungkin juga ada tyang terfikir untuk melompat macam tarzan tu... 

Lihat lah berbagai -bagai cara boleh dilakukan untuk menyeberangi sungai. Semua cara tersebut dapat difikirkan jika kita menggangkap ia sebagai cabaran. Jika ia sebagai masalah mungkin kita tidak terfikir pun semua langkah tersebut.

Setiap cabaran akan ada cara penyelesaian, oleh itu jadikan masalah itu sebagai cabaran yang akan menggerakkan minda kita untuk lebih maju dan berjaya.

Sekian

Wednesday, May 19, 2010

Hari Guru.

 Pasukan koir pensyarah yang ditubuh kan sempena sambutan hari guru peringkat kolej

Salam sejahtera,

Selamat Hari Guru kepada semua guru. Tak kiralah guru yang rasmi atau tak rasmi.... Yang besar atau kecil, yang sakit atau sihat,
Semua orang yang memberi ilmu atau yang mengajar adalah guru. Setiap tahun pada 16 Mei sambutan hari guru akan diadakan. Pada tahun ni tema sambutan hari guru ialah "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA". Sambutan di peringkat kebangsaan telah diadakan di negeri Pahang dan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia.
Bagi Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), kelab kebajikan staff akan menganjurkan sambutan peringkat kolej pada 21 Mei bertempat di KMJ. Tahniah kepada Kelab Kebajikan Staff KMJ yang telah berusaha untuk menganjurkan program tersebut.
Diharap semua pensyarah dapat membarikan kerjasama yang baik diatas usaha kelab kebajikan staff KMJ.

Sekian

http://www.rinss.com

Monday, May 10, 2010

Pendaftaran lancar....

Salam
Dengan kerjasama deri semua pihak yang terlibat proses pendafaran pelajar baru telah berjalan dengan lancar dan selamat. Seramai 2500 orang (lebih kurang lah tu) pelajar baru telah mendaftar. Semoga mereka akan ingat tujuan utama ke KMJ.
Semoga semua pelajar akan gembira dan tetapkan matlamat.

 Ibubapa sedang mendangar taklimat yang disampaikan oleh pengarah KMJ

Petugas-petugas sedang melakukan proses pendaftaran pelajar baru.

Friday, May 7, 2010

Pendaftaran

Salam
Adakah hari ini lebih baik dari semalam?
Pada 10 Mei 2010, pelajar baru akan mula mendaftar ke kolej-kolej Matrikulasi seluruh Malaysia. Kini terdapat 10 buah kolej matrikulasi termasuk tiga kolej matrikulasi teknikal yang terletak di Johor, Pahang dan Kedah. Program matrikulasi yang sudah 10 tahun di buka telah menjadi sumber pelajar ke semua universiti seluruh negara malahan ada yang keluar negara.

Kepada pelajar yang bakal menjadi warga matrikulasi selamat melangkah ke dunia baru anda. Jadikan kolej matrikulasi sebagai tempat untuk menimba ilmu dan pengalaman baru. Segala ilmu yang diperolehi perlulah dimanafaatkan agar ia boeh digunakan sepanjang hayat anda. Jangan hanya belajar untuk lulus peperiksaan kerana ilmu yang diperolehi biasanya tidak kekal.

Di Kolej Matriklasi Johor (KMJ), Tangkak, pendaftaran akan dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi 1 pada 8.00 pagi dan sesi 2 pada 2.00 petang. Ini bertujuan melancakan perjalanan proses pendaftaran kerana KMJ dijangka memerima 4000 pelajar baru. Semoga semua proses pendaftaran akan berjalan dengan lancar dan selamat.

Selamat Mendaftar.