Pages

Saturday, February 28, 2009

5 minggu lagi....

Salam,
Semoga pelajar sekalian sentiasa menjaga kesihatan. Maklumlah dah hampir nak final exam ni. Walaupun anda seorang yang bijak dan pintar jika kesihatan tergangu maka belum tentu kepintaran dapat digunakan semasa exam. Sentiasalah beringat kerana saya pasti anda semua sudah pandai menggunakan akal.
Mulakan ulangkaji dari sekarang, jangan tunggu masa study week baru nak pulun. Hah tu lah buat jd sakit kepala lah, migren lah dan macam-macam penyakit lagi timbul. Belajar lah dengan bijak bukan sahaja kuat belajar.
Bagi pelajar-pelajar yang beragama Islam carilah ayat-ayat yang dapat memberikan kemudahan semasa belajar. Sentiasa lakukan solat jika boleh scara berjemaah, tak dapat kat surau kat bilik pun boleh. Jadikan amalan supaya anda sentiasa mendapat barakah. Sentiasa hormati guru-guru anda.
Sekian wassalam.