Pages

Wednesday, October 8, 2014

Urus diri.

Syukur,

Pada kali ini kita dapat berkongsi maklumat lagi. Banyak perkara yang ingin dikongsikan namun kekangan masa serta tugasan lain membataskan urusan. Di sinilah pentingnya pengurusan diri, kerana setiap orang diberikan waktu yang sama iaitu 24 jam sehari semalam. 

Apa yang kita boleh lakukan ialah mengurus diri agar dapat mengikuti masa tersebut. Kadangkala kita terleka dengan perkara yang kurang penting. Ini menyebabkan perkara yang penting tertangguh dan terpaksa disiapkan pada saat-saat akhir. 

Pada waktu itu kita akan merungut kerana tidak cukup masa. Sedangkan pada hakikatnya kita yang gagal mengurus diri untuk mengikut masa. Ada masanya kita perlu mengikut masa yang telah ditetapkan seperti waktu belajar di sekolah ialah dari pukul 7.45 pagi sehingga 2.00 petang. Namun selepas waktu tersebut kita banyak membazirkan masa untuk perkara-perkara yang kurang penting.

Dengan cabaran yang banyak pada masa kini menjadikan kita mudah leka. Cuba kita hitung berapa banyak masa yang digunakan untuk membaca status di Facebook?  Mungkin kita cuma peruntukan 1 jam namun hakikatnya ia melebihii masa tersebut. 

Kepada sesiapa yang dapat  mengikut apa yang dirancang tahniah buat anda. Saya pun pada kebiasaannya akan melarat sehingga 2 jam. Memang seronok untuk membaca status yang ada namun kita perlu pandai pilih apa yang penting untuk diri. 

Mungkin kita perlu mempunyai jadual yang menyatakan perkara penting dan segera untuk dilakukan agar kita sentiasa bersedia. Apa lagi sewaktu masih belajar, pengurusan diri adalah sangat penting bagi mempersiapkan kita menghadapi peperiksaan. 

Carilah ilmu pengurusan diri supaya kita lebih berjaya. 

Semoga kita jumpa lagi.

*********************************************************************************
Sila berkongsi dengan rakan-rakan.
Maklumat Penulis:
Nik Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog sambilan. Bagi menyampaikan maklumat untuk panduan semua agar dapat membantu walau sekecil mana pun ilmu tersebut.
"Perkongsian ilmu yang baik akan menjadi jambatan yang kukuh ke akhirat."
***********************************************************************************

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$