Pages

Tuesday, August 5, 2014

Apa yang nak tulis?

Syukur,

Masih berpeluang untuk menyedut nafas yang percuma ini. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku disekeliling kita kan. Dengan kecanggihan teknologi sekarang banyak perkara yang kita dapat kongsikan dengan pantas. Tapi kita perlu pastikan apa yang dikongsikan adalah tepat dan bermanafaat.


Baru-baru ini saya ada menerima berita berkaitan dengan kemalangan yang menimpa seorang rakan. hanya setelah beberapa jam kemalangan tersebut berlaku. Begitulah cepat maklumat dapat di berikan pada masa kini. 

Seperti yang saya katakan tadi kita perlu bertanggungjawab dengan apa yang kita sampaikan atau kongsikan. Sebaiknya ialah maklumat yang kita arif dan pasti terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan tugas seharian. 

Apabila kita kongsikan maklumat yang kita tahu ia akan membantu mereka yang memerlukan maklumat tersebut. Namun jika kita tidak pasti dengan perkara tersebut maka ia akan memberi masalah kepada pengguna maklumat tersebut. 

Apabila kita menulis berkaitan perkara baru maka lebih baik disertakan dengan maklumat asal sumber tersebut agar boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang. Biasanya kepada mereka yang baru bergiat dalam bidang penulisan maka mereka perlu banyak membaca. 

Nasihat ini diberikan oleh mereka yang telah lama berkecimpong dalam bidang tersebut. Baca buku berkaitan dengan bidang yang  kita ingin kuasai. Sebagai contoh dalam bidang kewangan maka kita perlu baca sekurang-kurangnya 10 buah buku berkaitan dengan kewangan. 

Maklumat dari buku-buku tersebut akan memberikan kita lebih idea untuk menghasilakan satu rencana atau sebuah buku baru dalam bidang tersebut. Sebaiknya penulis baru perlu melihat dari sudut yang baru agar ia tidak menjadi sama seperti buku-buku asal dipasaran. 

Bagi menghasilkan sudut pandang yang baru mungkin ia boleh di khususkan kepada golongan tertentu seperti remaja, pekerja makan gaji, pelajar atau golongan kelainan upaya. Ini akan menjadikan penulisan kita lebih terfokus dan menepati sasaran pembaca. 

Selain daripada itu kita juga boleh menghasilkan penulisan berdasarkan pengalaman yang kita pernah lalui. Seperti proses untuk membeli rumah, membeli kereta terpakai. melancong ke Bali atau apa-apa sahaja pengalaman yang pernah kita lalui. 

Mungkin juga pengalaman yang mendebarkan agar ia menjadi iktibar kepada pembaca. Seperti yang kita sering baca pengalaman menunaikan umrah dan haji. Apa sahaja pengalaman kita boleh ditulis agar ia menjadi panduan kepada pembaca. 

Bagaimana nak mula tulis? 

Nanti  kita akan bincangkan lagi pada masa akan datang. Terima kasih.  


***********************************************************************************
Maklumat Penulis:
Nik Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog sambilan. Bagi menyampaikan maklumat untuk panduan semua agar dapat membantu walau sekecil mana pun ilmu tersebut.
"Perkongsian ilmu yang baik akan menjadi jambatan yang kukuh ke akhirat."
***********************************************************************************


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$