Pages

Sunday, May 25, 2014

Comfort Zone

Syukur Alhamdullilah,

Hari ini adalah lebih baik dari semalam, masih diberi peluang untuk bersedekah dan berzikir. Sepanjang masa kita dihidangkan dengan berbagai-bagai cerita tentang kehidupan. Namun sejauhmana kita menerima setiap cerita atau berita tersebut?

Kita ada pilihan untuk dilakukan samaada terus terima atau menapis dan berfikir dahulu sebelum terima. Semua itu akan mudah diakukan jika kita mempunyai ilmu. Oleh itu tahniah diucapkan kerana kita sekarang sedang menambah ilmu.

"Comfort Zone" sangat sinonim kepada orang yang selesa dengan keadaan diri mereka sekarang. Tentu kita pernah dengar cerita Katak Rebus. Ini bukan cerita makanan eksotik, ia mengisahkan seekor katak yang hebat namun.......

Ceritanya begini, pada suatu hari dalam sebuah makmal sains terdapat sekumpulan penyelidik sedang menjalankan satu kajian berkaitan dengan katak. Katak merupakan haiwan dua alam yang mempunyai kehebatan untuk menyesuaikan suhu badan mengikut persekitaran.

Dalam kajian tersebut dua eksperimen telah dilakukan, eksperimen pertama dimulakan dengan merebus air dalam sebuah bekas sehingga mendidih. Kemudian katak dimasukkan dalam bekas tersebut, cuba teka apa hasil yang diperolehi? Dengan pantas katak terus melompat keluar dari bekas tersebut. Yelah dah air panas tentulah terkejut, terus bertindak dengan serta-merta.

Bagi eksperimen kedua, penyelidik meletakan katak di dalam bekas yang berisi air kemudian bekas tersebut dipanaskan perlahan-lahan. Apabila suhu air makin meningkat katak masih berada di dalam bekas tersebut sehinggalah air mendidih. Maka katak kedua telah menjadi katak rebus.

Kenapa ia berlaku? Dalam situasi yang pertama apabila katak dikejutkan dengan sesuatu yang drastik maka ia akan bertindak dengan segera. Namun dalam situasi kedua katak tersebut telah menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling sehingga rasa selesa walaupun ia merbahaya kepada dirinya.

Itulah bahayanya zon selesa (comfort zone), kita kena pastikan kita tidak terlalu lama dalam zon tersebut. Pastikan kita melakukan sesuatu apabila berada dalam keadaan tersebut, paling mudah lakukan penghijrahan. Kenalpasti zon selesa kita, jika zon selesa kita ialah rumah cuba cari tempat lain untuk bercuti cuba perkara yang sukar dari di rumah.

Jika zon selesa kita ialah keluarga cuba pergi seminar dua atau tiga hari agar berjauhan dari keluarga. Jika zon selesa kita ialah kerja minta cuti dan pergilah bercuti agar kita tahu susah jika tak dapat gaji. Apapun zon selesa kita cubalah lakukan sesuatu agar kita tidak terkejut dengan sesuatu yang drastik.

Paling mudah untuk ubah ialah dengan membaca kerana ramai dikalangan kita susah hendak membaca terutamanya berkaitan dengan kemahiran tertentu. Kita selesa dengan kemahiran yang kita ada tetapi tak rugi kita tahu kemahiran lain terutama yang tiada kaitan dengan kepakaran kita selama ini.

Mulakan sekarang dan kita pasti akan berjaya.

Jom kongsi.
#coretansyah

Sunday, May 18, 2014

Ilmu dan kita

Salam sejahtera,
Syukur pada kali ini kita dapat berjumpa lagi untuk berkongsi sedikit ilmu. Setiap hari kita pasti akan mendapat satu ilmu baru sama ada kita sedar atau tidak. Kita sepatutnya ada peningkatan dari sehari ke sehari, kerana orang yang berjaya ialah yang lebih baik dari semalam. 

Supaya kita lebih berjaya ilmu yang diperolehi perlulah diamalkan, ilmu yang diamalkan ibarat sepohon pokok yang berbuah lebat. Perkongsian ilmu juga akan menjadikan kita lebih faham dalam bidang tersebut. Apabila kita berkongsi harta mak harta akan berkurang, namun jika berkongsi ilmu ia akan maskin bertambah.

Masalah utama dikalangan kita ialah susah untuk belajar kerana merasakan diri sudah pandai. Ini merupakan sifat orang yang tidak berilmu, sepatutnya apabila kita makin banyak belajar maka lebih banyak yang kita tidak ketahui. Apabila kita merasakan diri kita sudah tahu menjadi satu kewajipan pula kepada kita untuk mengajar orang lain. 

Seperti kata guru saya, menjadi satu dosa jika kita tidak mengajar kepada orang lain jika ilmu tersebut dapat membantu mereka dalam kehidupan. Paling mudah untuk berkongsi pada mas kini ialah melalui media sosial, blog, forum dan berbagai-bagai cara yang lain. 

Namun kita perlu ingat perkongsian ilmu perlulah yang bermanafaat kerana ia boleh menjadi satu jambatan amalan. Apabila kita berkongsi perkara yang negatif maka kita pun akan mendapat kesan yang negatif. Sentiasalah beringat sebelum kita berkongsi sesuatu perkara, perlu siasat dahulu kebenarannya agar kita tidak menjadi agen keburukan. 

Untuk diri sendiri adalah lebih baik jika kita menambah ilmu dalam bidang kemahiran. selain kita mendapat ilmu baru ia juga boleh menjadi sumber pendapatan kedua. Sebagai contoh kita belajar membuat iklan menggunakan video maka kita boleh mengambil upah untuk membuat iklan untuk kedai-kedai atau organisasi yang memerlukannya.

Apabila sudah mahir kita boleh menganjurkan kelas untuk membuat iklan menggunakan video kepada mereka yang berminat. Oleh itu secara tidak langsung kemahiran tersebut dapat dikongsikan dengan lebih ramai orang. Guru saya juga ada berpesan "formula untuk berjaya ialah membantu orang yang memerlukan bantuan". Apabila kita membantu mereka pasti rezeki akan datang dengan cara yang tidak disangka-sangka. 

Mulakan menambah ilmu kerana ia merupakan pelaburan yang paling besar. Kita merasakan RM 10 ribu itu besar untuk menuntut ilmu, namun dengan ilmu yang perolehi pulangannya akan berlipat kali ganda. Ia merupakan aset yang paling penting untuk kita berjaya.

Saya ingin memberikan satu video ilmu secara percuma kepada anda. Pastikan anda klik disini.

Sekian terima kasih.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

 

Sunday, May 11, 2014

Kemahiran diri.

Syukur Alhamdillilah, 

Pada kali ini dapat kita kongsikan sedikit ilmu, semoga ia akan menjadi satu jalan yang menuju ke syurga. Setiap orang mempunyai tugas yang perlu dilakukan. Ada yang merasakan tugasnya adalah mudah ada pula yang merasakan sukar. Ia bergantung kepada kemahiran yang dimiliki oleh setiap individu terbabit. 

Kita pernah menunggang basikal kan. Sudah pasti kita boleh menunggang basikal dengan mudah sekaran. Cuba ingat kembali pada mula-mula kita belajar menunggang basikal, berapa kali kita terjatuh? Ada yang berpuluh-puluh kali terjatuh namun setelah sekian lama maka dapatlah menunggang. Maka kita telah mendapat satu kemahiran untuk menunggang basikal. 

Begitu juga dalam kehidupan kita ini untuk memudahkan urusan seharian maka kemahiran adalah perlu. Jika kita seorang guru maka kita memerlukan kemahiran mengajar, mendidik, dan bermacam-macam lagi. Jika seorang pelumba kereta maka kita memerlukan latihan sebagai pelumba bukan hanya sekadar pemandu biasa. 

Dengan kemahiran yang ada maka kita akan menjadikan urusan semakin mudah dan selamat. Dapatkan kemahiran dalam bidang kita agar dapat memaksimumkan potensi diri. Ada yang kata mereka tidak mempunyai kemahiran, tahukah kita bahawa kemahiran boleh di pelajari. Oleh itu mari kita belajar, mulakan dengan minat kerana ia lebih mudah. 

Anda ingin mengetahui teknik pemasaran di internet? Daptkannya dengan klik disini.
Selamat belajar.


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

 

Saturday, May 10, 2014

RM Satu Juta Pertama

Salam sejahtera,

Syukur pada hari ini kerana kita masih dapat bernafas dengan sempurna. Pernahkah kita fikir cara untuk mendapatkan RM satu juta?

Apabila disebut sahaja RM satu juta maka ramai yang akan mengatakan susah untuk mendapatkannya. Namun tahukah anda bahawa perkara tersebut tidaklah susah jika kita mempunyai cara dan perancangan yang betul.

Sebagai contoh apabila kita ingin mencapai RM satu juta, maka kita perlukan satu masa tertentu. Seperti dalam masa 1 tahun atau 2 tahun, ini bagi memastikan nilai tersebut tidak menjadi beban kepada emosi. Apabila kita mempunyai masa maka kita boleh pecahkan nilai tersebut dalam setiap hari maka nilainya akan menjadi lebih kecil. 

Jika dalam masa 1 tahun kita perlu dapatkan RM 2777.80 sehari, namun jika kita panjangkan ke 4 tahun maka kita hanya perlukan RM 694.44 sehari. Oleh itu kita yang tentukan bila kita nak capai RM 1 juta tu. Maka rancanglah untuk mendapatkan RM 1juta yang pertama anda agar ia lebih mudah menarik RM yang lebih banyak.

Jom kongsi.
#coretansyah
************************
************************

Sunday, May 4, 2014

Puji diri.

Salam sejahtera,

Syukur Alhamdullilah, kita masih diberipeluang utuk menggunakan nikmat pancaindera dengan sempurna. Kita perlu menggunakan segala kelebihan yang diperolehi ini untuk memberikan yang terbaik untuk diri dan semua makhluk di sekeliling. Kerana sebaik-baik manusia ialah yang benyak memberikan manafaat kepada orang lain. 

Paling mudah ialah yang banyak membantu keperluan orang disekitarnya. Mungkin ada yang bertanya apa yang boleh buat untuk membantu orang lain? Perkara ini adalah sesuatu yang subjektif. Mungkin dengan hanya senyum boleh memberikan keceriaan kepada orang disekeliling maka itu adalah satu kebaikan. 

Apabila kita melakukan kebaikan maka itu dikira pula sebagai sedekah. Banyak betul cara yang boleh dilakukan untuk mengumpul pahala. Bermula pada hari ini kita senyum selama 30 saat kepada diri sendiri. Ini bagi menjadikan kita lebih ceri adan bersemangat untuk menjalani kehidupan seharian. Selepasa itu bagai tahu perkara yang positif kepada diri selama satu minit. 

Apa yang kita boleh cakap dalam masa satu minit? Cuba kita ambil masa dan cakap perkara kebaikan pasti banyak yang kita boleh cakapkan. Dengan cara ini kita dapat memotivasikan diri kita setiap hari. Aktiviti ini sebaiknya dilakukan pada waktu pagi dan sebelum tidur. Kita boleh sediakan skrip untuk memuji diri sendiri pada permulaan supaya ia menjadi kebiasaan. 

Jika kita tidak memberikan kata-kata positif kepada diri sendiri siapa yang akan beri? Bermulalah dengan kita untuk kejayaan diri kita. Setelah semuanya berjalan lancar maka bermulalah untuk kita memberikan kata-kata positif kepada orang disekeliling. Bermula dengan pasangan, anak-anak, rakan sekerja dan yang terlibat dengan kita. 

Mulakan hari ini dan jadikan amalan selama 40 hari pasti kita akan mersai perubahannya. Seperti kata guru saya jangan percaya apa yang dibaca, buat je dulu dan lihat hasilnya. Yelah kita ni jika tak percaya tak buat untuk percaya pastikan kita buat dahulu. 

Selamat beramal.


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$