Pages

Sunday, March 10, 2013

Kejayaan pertama ialah....

Salam sejahtera,

Semua orang ingin berjaya, namun berapa ramai yang tahu bahawa dia telah berjaya? Jika ingin ditafsirkan kejayaan, ia berbeza bagi setiap individu, kelompok bidang dan kerjaya.

Sebagai contoh seorang pelajar yang mendapat 1A telah berjaya bagi dirinya jika sebelum ini dia hanya mendapat semua C. Namun bagi kawan-kawannya akan menyatakan dia belum berjaya kerana belum dapat semua A. Kejayan dalam pelajaran bagi masyarakat adalah perlu dapat semua A. Namun bagi pelajar yang hebat, bukan hanya A yang dilihat tetapi berapkah markah yang diperolehi kerana A adalah dalam julat markah 90% - 100%.

Itulah sedikit penjelasan berkaitan dengan kejayaan, namun semua itu terpulang kepada setiap individu kerana kejayaan terletak dalam diri individu tersebut.

Kejayaan pertama ialah terletak dalam minda kita, apabila kita kita akan dapat lakukan maka kita telah berjaya. Sebagai contoh apabila hendak pergi ke sesuatu tempat kita akan memikirkan cara dan jalan yang paling mudah untuk sampai.

Pada masa itu minda kita telah merancang setiap kejayaan yang akan kita lakukan. Namun jika minda kita sentiasa negatif maka kita akan melihat kesukaran yang akan dilalui. Oleh itu pastikan minda kita sentiasa dalam keadaan positif.

Bagi memastikan ia sentiasa positif pastikan kita sentiasa senyum. Amalkan ia kerana ia akan memberikan kesan yang besar dalam kehidupan kita. Kita suka kepada orang yang senyum kan, maka kita senyum supaya orang disekeliling memberikan aura positif.

Lagipun senyum adalah sedekah yang paling mudah, tidak perlu keluarkan wang ringgit. Sentiasalah bersedekah supaya kita akan menyeru rezeki dan kejayaan ke dalam kehidupan seharian.

Kata Dr. Azizan Osman "Jangan percaya apa yang diberitahu, tetapi buat dulu, kemudian lihat hasilnya".

Sekian
http://www.rahsiapendapatanpasif.com

Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.

Tuesday, March 5, 2013

Salam sejahtera, 

Jadikan rezeki hari ini adalah untuk dunia dan akhirat. Tahniah kepada anda kerana masih sihat dan diberi peluang untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini. 

Kepada para pelajar yang telah menerima baucar buku gunakanlah ia sebaiknya. Bukan selalu anda mendapat rezeki macam ni. Manakala kepada ibubapa pula bantulah anak-anak untuk memilih buku yang sesuai dengan anak-anak.

Pastikan baucar ini dapat memberikan pilangan yang lebih baik. Pilihlah buku yang akan mengerakkan minda dan boleh dijadikan panduan hidup pada masa akan datang. 

Bagi membantu pelajar membuat pilihan buku yang terbaik, tips di bawah boleh digunakan.

1. Pilihlah buku yang akan memberi manafaat pada kehidupan kita.
2. Buku yang tidak terikat pada masa-masa tertentu.
3. Bahan bacaan yang boleh memberikan kemahiran dalam diri kita.
4. Sesuai untuk dibaca sepanjang masa.

Itu adalah antara perkara yang boleh diberi perhatian apabila memilih buku nanti. Paling utama pastikan buku yang dibeli itu adalah menepati minat dan memberikan ilmu yang bermanafaat kepada kita.

Bangsa membaca adalah bangsa yang berjaya..

Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.