Pages

Tuesday, June 26, 2012

Tips untuk berjaya 2


Salam sejahtera,

Pada post kali ini saya akan berikan 2 lagi tips kejayaan. Dengan perkongsian ini akan memberikan anda semua pengetahuan untuk lebih berjaya dalam kehidupan. 

MENGUASAI MASA

Seperti yang kita sedia maklum bahawa masa merupakan aset yang dimiliki oleh semua orang. Namun hanya segelintir sahaja yang berjaya menguasainya. Apabila kita berjaya menguasai masa maka kejayaan pasti akan bersama dengan kita. Bagaimana nak menguasai masa? Pasti yang bertanya begitu kan???
Cara mudah untuk menguasai masa ialah dengan membuat sesuatu perkara mengikut kepentingan dan kesegeraan yang diperlukan. Contohnya ialah makan penting dan perlu segera apabila kita lapar. Kita perlu melihat perkara ini berdasarkan keperluan diri sendiri kerana setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza.

KERJASAMA

Konsep kerjasama ni dah lama diterapkan dalam kehidupan kita namun pada masa sekarang ia semakin terhakis. Sikap ini adalah penting kerana ia dapat membantu sesuatu organisasi untuk terus maju. Dengan bekerjasama kita akan mempunyai ilmu yang lebih luas, idea yang lebih banyak dan modal yang lebih besar. 
Setiap perkara yang dilakukan secara kerjasama akan lebih mudah menghasilkan kejayaan apabila mempunyai satu tujuan dan matlamat. Semua itu akan mudah dilakukan apabila wujud sifat percaya kepada rakan dan dirisendiri. 

Dua tips ini akan dapat diamalkan dalam kehidupan agar kita akan lebih berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Ilmu akan menjadi leih bermanafaat apabila dikongsikan.


Ingin Jadi Bos??? Klik Pada Link: www.videokursusaffiliate.com