Pages

Thursday, April 12, 2012

Tips untuk berjaya 1


Salam sejahtera,
Semoga hari ini lebih ceria dari semalam, dan jadikan hari ini lebih baik dari hari sebelumnya. Siapa yang nak gagal? Sudah pasti semua mahukan kejayaan kan. Namun tahukah anda bahawa setiap kejayaan perlukan pengorbanan. Hari ini terdapat 2 tips untuk pastikan anda terus berjaya.

JANGAN STRESS..
Inilah yang selalu kita buat! Stres apabila sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan, atau risau dengan sesuatu dan banyak lagi faktor2 yang mendatangkan kepada stress. Stress ini tidak mendatangkan kebaikan kedalam diri kita. Malah, boleh mendatangkan banyak penyakit dan stress ini tidak mendatangkan kebaikan langsung!
Apabila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa-apa sahaja cita-cita yang kita impikan. Stres ini akan membuatkan diri kita lemah dan malas untuk melakukan semua kerja. Kerja yang kita lakukan akan menjadi huru-hara kerana kita membuat dalam keadaan yang stress. Inilah yang menyebabkan ramai usahawan yang gagal kerana meraka stress apabila melakukan sesuatu kerja itu.

Tips untuk menghilangkan stres :
Perbanyakkan doa, berzikir dan baca Al Quran..

BERKONGSI IDEA DAN MAKLUMAT
Satu penyakit manusia pada hari ini ialah takut. Takut untuk berkongsi dan memberitahu idea
yang mereka miliki. Sebagai contoh, apabila mereka mempunyai satu idea yang hebat, idea
tersebut di simpan kerana takut orang lain pula yang dapat idea hebat tersebut.
Eh, betul lah kan kalau idea kalau disebarkan, habislah idea kita tu!Oh, tidak sama sekali. Sebenarnya, Kalau kita berkongsi idea hebat kita kepada orang lain, kita akan menjadi lebih kreatif untuk berfikir. Secara psokologi, ia memaksa kita mencari idea yang lebih hebat lagi daripada idea asal tadi. Ia juga memaksakan kita mengambil tindakkan yang pantas untuk merealisasikan idea tersebut.

Dengan menyimpan sahaja idea yang kita ada, ibarat kita tidak mempunyai apa2 lagi. Ini hanya menghalang diri kita untuk berkembang menjadi lebih maju. Jadi, bermulalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan sebarang idea yang ada supaya dapat mengembangkan lagi minda kita untuk berfikir dengan hebat lagi.

Sekian.

Sunday, April 8, 2012

Masa makin singkat...... Last Minute Study.....

Salam sejahtera,

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Hanya tinggal satu mingu je sebelum PSPM, hah dah mula panik ker? Jangan risau semua kan dah biasa dengan study pada saat-saat akhir ni. Namun anda semua perlu ada teknik yang betul jika tidak padah yang akan menanti. 

Belajar disaat akhir bukan menjadi kesalahan malah ada yang dapat skor lagi baik, ini kerana dia tahu potensi yang ada dalam dirinya. Kat sini ada beberapa tips untuk belajar di saat-saat akhir:

  1. Pastikan semasa anda nak belajar tu tiada gangguan (dari kawan, hp, komputer, tv dan macam2 yang difikirkan boleh menggangu).
  2. Cari tempat yang sesuai untuk belajar (tempat yang senyap, pengudaraan baik dan mempunyai cahaya yang sesuai).
  3. Mulakan dengan topik yang sukar agar anda mempunyai masa yang cukup untuk memahaminya (jika boleh rujuk kepada silibus atau learning outcome)
  4. Buat soalan-soalan lepas bagi memahirkan diri dengan bentuk soalan.
  5. Gunakan nota ringkas bagi memudahkan kefahaman.
  6. Jaga kesihatan, tidur secukupnya dan makan makanan yang berzat.
  7. Berdoa dan berusaha.
Diharap tips-tips ini akan dapat memabantu anda untuk belajar pada saat akhir ini..

Friday, April 6, 2012

Sesi 2011/2012


Salam sejahtera, 

Sesi 2011/2012 bagi pelajar matrikulasi hampir tiba ke penghujung. Pada malam ini (6/4/2012) akan berlangsungnya majlis solat hajat dan izin ilmu. Ia merupakan aktiviti utama bagi pelajar,pensyarah dan ibubapa sebelum menduduki peperiksaan. Setelah sekian lama berusaha maka sampailah masanya memohon kepada yang maha Esa.

Sedar atau tidak pada hari ini juga berakhirlah proses P&P secara formal. Semoga semua pelajar telah mendapat segala ilmu dan dapat di gunakan bukan sahaja semasa peperiksaan namun untuk sepanjang hidup. 
 

Ingin Jadi Bos??? Klik Pada Link: www.rinss.com