Pages

Sunday, October 23, 2011

EXAM....


Salam sejahtera,

Tahniah kepada semua pelajar Matrikulasi sesi 2011/2012 kerana berjaya sampai kepenghujung semester satu. Apabila sampai ke akhir garisan biasanya akan ada ujian yang akan menanti.Bagi semua pelajar matrikulasi, PSPM yang akan menetukan kelayakan mereka untuk meneruskan pengajian atau tidak.

Setelah segala usaha dilakukan maka sampailah waktu untuk bertawakkal kepada yang maha Esa untuk membantu. Kelebihan yang diperolehi akan lenyap dengan sekelip mata jika kita terlalu sombong. Sememangnya semua usaha telah kita lakukan namun kejayaan adalah perancangan yang maha Mengetahui. Dia lebih tahu yang terbaik untuk diri kita, maka keredaan yang sepenuhnya akan memberikan kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang.

Sentiasalah bersyukur dengan segala kemudahan yang kita perolehi dan gunakan dengan sebaik mungkin. Mulakan peperiksaan dengan nama Allah semoga segalanya berjalan lancar....

Sekian.


***********************************************************
Cara mudah untuk berjimat
***********************************************************

***********************************************************

Tuesday, October 4, 2011

Berdoalah...

Salam sejahtera,

Semoga sentiasa sihat dan ceria, jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Sentiasalah menambah ilmu duania dan akhirat. Kedua-duanya adalah sama penting terutamanya untuk kesejahteraan hidup.

Setiap perkara yang dilakukan untuk mencapai sesuatu mempunyai langkah-langkah tertentu. Dengan usaha yang berterusan pasti kita akan mencapai kejayaan.

Pastikan setiap usaha yang telah dilakukan disusuli dengan berdoa memohon perkenan dari Yang Maha Esa, kerana Dia yang menentukan setiap perancangan kita berjaya.Dia lebih tahu apa yang baik dan bila masa yang sesuai untuk perkenankan permohonan kita. Tugas kita ialah untuk terus berusaha dan bardoa.

Semoga dengan berdoa akan mendekatkan lagi kita kepada Allah...

www.videokursusaffiliate.com