Pages

Monday, July 18, 2011

Anda dan kejayaan

Salam sejahtera,

Semoga semua sihat dan ceria. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Tingkatkan ilmu dan amalkan supaya menjadi tabiat yang membantu kita pada masa akan datang.

Semua orang ingin berjaya dan mempunyai cita-cita, namun hanya sedikit yang akan berjaya. Mengikut kajian yang pernah dilakukan oleh sebuah universiti terkemuka, hanya 1% sahaja yang akan berjaya dengan cemerlang.

Manakala yang lain hanya akan mencapai kejayaan yang biasa sahaja. Malah ada yang gagal terus dalam kehidupan mereka.

Kita yang menentukan kejayaan yang dikehendaki, seperti firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud "Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum tersebut berusaha mengubah nasib mereka". Kita juga diminta supaya sentiasa berdoa untuk mendapat sesuatu, tetapi kenalah berusaha dahulu baru tawakkal.

Seperti satu kisah di zaman Rasullah SAW dimana seorang sahabat bertanya, adakah patut dia melepaskan untanya dan bertawakkal kepada Allah agar untanya tidak hilang. Namun Rasullah SAW memintanya mengikat dahulu unta tersebut kemudian bertawakkal kepada Allah.

Disini dapat kita lihat bahawa sesuatau kejayaan hanya akan tercapai dengan usaha dan bukan hanya bertawakkal atau berdoa sahaja. Oleh itu semua yang ingin berjaya perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh dahulu barulah di iringi dengan doa serta tawakkal kepada Allah.

Semoga kita akan sentiasa mendapat kejayaan dalam perkara yang dilakukan dan sentiasa mengingatai Allah.

Sekian.

http://www.rahsiapendapatanpasif.com

Friday, July 15, 2011

Dapatkan RM 10 Pertama


Adakah anda salah seorang individu yang telah berkecimpung didalam industri IM dan BELUM lagi menjana wang di internet?

Ingin tahu teknik mudah yang anda boleh aplikasikan sekarang untuk menjana wang di internet?

Download percuma di http://www.ringgitmania.com/hop.php?ref=nik

Hari ini, Suthan M, seorang IMer terkenal di Malaysia, telah melancarkan sebuah panduan percuma yang membongkarkan teknik mudah untuk menjana wang RM10 pertama anda di internet.

Walaupun tersebut ialah PERCUMA, namun ianya padat dengan informasi yang boleh membantu anda mengambil langkah pertama kearah permulaan bisnes internet anda.

Layari link http://www.ringgitmania.com/hop.php?ref=nik

Saya sarankan anda untuk memuat-turun laporan ini dan TAKE ACTION untuk menjana income pertama anda di internet hari ini juga!




************************************
Cara mudah membina web
************************************
*************************************

Thursday, July 14, 2011

Tutor Muda...

Salam sejahtera,

Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria. Menambah ilmu adalah sesuatu yang penting bagi semua orang yang ingin berjaya. Hanya ilmu yang akan menjadikan mereka berbeza dari orang lain. Seperti kata bujak pandai, "Jika hendakkan dunia perlu berilmu, jika mahukan akhirat perlulah berilmu dan jika mahukan kedua-duanya juga perlu dengan ilmu."

Oleh itu sentiasalah menambah ilmu bagi meningkatkan kejayaan kita. Bagi memudahkan perkongsian ilmu program Tutor Muda (TM) yang dijalankan akan lebih mempercepatkan proses tersebut. Setiap orang yang berilmu akan lebih berjaya jika mereka berkongsi dan mengajar kepada orang lain.

Secara tidak langsung kita juga akan membina satu perhubungan yang sihat dalam perkongsian ilmu. Terdapat hadis yang memberitahu kepentingan berkongsi ilmu kerana ia akan menjadi satu amalan yang memberikan pahala secara berterusan walaupun kita telah tiada. Oleh itu perkongsian ilmu yang bermanafaat adalah digalakkan.

Semoga kita akan sentiasa menyebarkan ilmu kepada setiap orang.



***********************************************************
Cara mudah untuk berjimat
***********************************************************

***********************************************************