Pages

Sunday, June 19, 2011

Kenapa Facebook?

Salam sejahtera.

Semoga semua sihat dan ceria, tambah lah ilmu untuk berjaya. Setiap hari kita akan mendengar Facebook, di pejabat, di kedai malah dimana-mana sahaja. Setiap orang ada akaun Facebook dari pelajar sekolah rendah hingga datuk dan nenek pun ada. Memang dasyat penangan Facebook ni.

Bagi seorang yang bijak peluang ini akan menjadi satu medium yang sesuai untuk menawarkan pelbagai produk keperluan. Namun kita perlu mengkaji apakah keperluan rakan-rakan Facebook kita. Jangan main hentam je, oleh itu pastikan tema Facebook kita adalah bersesuaian dengan produk yang ingin kita pasarkan.

Sebagai contoh jika nak pasarkan produk berkaitan kereta pastikan Facebook kita bercerita tentang kereta. Update berkaitan kereta akan menarik peminat kereta untuk menjadi rakan Facebook kita. Maka peluang untuk membuat jualan adalah tinggi. Selain itu maklumat yang diberi perlu sentiasa di update, supaya rakan-rakan mendapat maklumat yang sesuai.

Nak jual di Facebook tak boleh terus kena guna teknik jualan senyap.... Apa pula jualan senyap tu? Jual apabila ada permintaan, jangan update pos meminta orang membeli, tetapi memberi maklumat sehingga mereka tertarik untuk membeli.

Semoga maklumat ini akan membantu anda untuk berjaya dalam perniagaan.

Sekian



************************************
Cara mudah membina web
************************************
*************************************

Thursday, June 2, 2011

Berpasukan...

Salam sejahtera,

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Kejayaan biasanya akan datang kepada mereka yang berusaha, namun ada juga yang kurang berusaha akan berjaya jika dia berada dalam kelompok yang berjaya. 

Bagai mana ye perkara ini boleh berlaku? Mudah je apabila bekerja dalam satu pasukan maka akan ada golongan yang kurang berusaha namun mereka akan berjaya kerana pasukan mereka hebat.

Namun kejayaan ini biasanya tidak akan kekal lama kerana golongan ini akan menimbulkan masalah pada kemudian hari. Mereka ni ibarat vairus dalam pasukan, yelah nak berjaya tapi tak nak usaha, harap kepada orang je. 

Apabila semua ahli dalam pasukan berusaha dan bekerja sama maka kejayaan yang diperolehi adalah lebih bermakna dan mungkin akan kekal lama. Setiap ahli akan memberikan sumbangan dalam bidang kemahiran masing-masing maka kerja yang sukar akan menjadi mudah kerana setiap orang akan memeberikan sumbangan kepada pasukan. 

Ibarat mudah ialah satu pasukan bola sepak jika penyerangnya sahaja yang hebat namun penjaga gol lemah pasukan itu tidak akan berjaya. Maka sumbangan setiap ahli adalah penting kerana setiap ahli mempunyai kepakaran dan kelebihan tersendiri. Ini akan dapat mengurangkan kelemahan dalam pasukan. 

Jika anda ingin berjaya maka perlu membina satu pasukan yang sama-sama ingin berjaya. Bina satu kumpulan yang mempunyai matlamat yang sama. Rancang perjalanan kerja yang baik dan laksanakan dengan teratur dan berdisiplin. 

Anda pasti akan berjaya.