Salam sejahtera...
Semua orang mempunyai cita-cita, dari kecil lagi kita ditanya apa nak jadi bila dah besar? Macam-macam jawapan akan dibari mengikut peringkat umur. Semasa kecil lain dah remaja lain dah dewasa lain yang jadi pun lain.
Namun ada yang masih kekal dengan cita-cita asal mereka tahniah. Bukan mudah untuk kita kekal dengan cita-cita asal kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi.
Namun ada yang masih kekal dengan cita-cita asal mereka tahniah. Bukan mudah untuk kita kekal dengan cita-cita asal kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi.
Sebagai contoh Semasa kecil kita akan bercita-cita mengikut apa yang paling kita kagum dan inginkan. Sesuatu yang hebat dan sangat menarik pada pandangan kita dan masyarakat. Setelah remaja kita mungkin akan tukar mengikut perkembangan semasa pada waktu tersebut. Pada hakikatnya kita akan mendapat apa yang kita hendak mengikut apa yang kita usahakan.
Jika kita ingin menjadi seorang yang berjaya kita perlu fokus bagaiman yang dikatakan berjaya tu. Yelah adakah ia hanya pada pandangan kita secara individu, atau pada pandangan masyarakat atau pada pandangan sesebuah organisasi.
Mungkin pada pandangan individu mereka telah berjaya setelah mendapat pekerjaan. Dalam pekerjaan anda akan berjaya jika mendapat jawatan paling tinggi dalam organisasi tersebut. Pada pandangan masyarakat pula lagi umum kerana kejayaan adalah diukur dengan kekayaan.

Apapun yang kita inginkan pastikan cita-cita tersebut perlu selari dengan minat. Hanya dengan minat sahaja akan memberikan kepuasan pada diri dan kita akan sanggup melakukan apa sahaja untuk berjaya demi minat yang mendalam tersebut. Contoh mudah seorang kaki pancing akan sanggup meredah hutan untuk pergi ke lubuk pancing yang terkenl hanya kerana minat.
Jika nak dikatakan untuk ikan saya pasti mereka tak perlu bersusah payah meredah hutan untuk mendapat seekor ikan. Tetapi kerana minat segala kepayahan akan dianggap mudah dan hasil tangkapan adalah satu bonus.

Kenal pasti minat kita sekarang agar dapat diselarikan dengan pekerjaan, ini akan menghasilkan pulangan yang amat lumayan. Kita lakukan sesuatu perkara kerana minat sudah memberikan kepuasan ditambah dengan hasil maka itu adalah bonus.
Sekian...
http://www.rahsiapendapatanpasif.com