Pages

Wednesday, February 23, 2011

Ilmu blog

Salam sejahtera....

Sekarang ni boleh dikatakan sudah menjadi trend setiap orang sudah mempunyai blog. Tahukah anda bahawa blog ni ada pelbagai jenis. Antaranya blog perniagaan, blog persendirian, blog video, blog gambar, blog iklan dan macam-macam lagi lah.

Tak kesah apapun jenis blog namun ia boleh bersifat peribadi dan perkongsian. Jika peribadi pembaca hanya dikalangan kenalan penulis sahaja, manakala jika jenis perkongsian semua pembaca boleh melawati blog tersebut. 

Kadang-kala blog ni jadi tempat perkongsian ilmu yang bermanafaat namun ada juga yang menjadikannya sebagai medan membuat kecoh. Terpulang kepada pembaca untuk menapis dahulu apa yang dibaca.
 
Setiap isu yang diutarakan oleh penulis perlulah dikaji berkenaan dengan kebenaran dan keesahan maklumat tersebut. Para pembaca perlu membuat penilaian dahulu sebelum bersetuju atau membantah isu tersebut. 

Sesetengah penulisan adalah hasil daripada pendapat dan pandangan penulis. JIka penulis adalah seorang yang berkaitan dengan bidangnya mungkin maklumat yang diberikan itu adalah yang terbaik mengikut pandangn beliau.

Kita sebagai pembaca jangan cepat melatah supaya tidak mengeruhkan keadaan. Perkara yang dirasakan baik maka boleh dikongsi bersama. Sebagai penulis blog anda perlu mempunyai etika yang baik. 

Pastikan maklumat yang diberikan adalah paling tepat jika blog anda adalah untuk tatapan umum. Ini penting bagi menjaga keharmonian dan mengelakan salah faham dikalangan pembaca.

Semoga sedikit perkongsian ini akan memberi manafaat kepada anda.

Sekian

Sunday, February 20, 2011

Mulakan sekarang

Salam sejahtera,

Semoga anda dah dapat pilih tabiat yang sesuai untuk kebebasan kewangan anda. Kebanyakan pakar kwangan menyatakan bahawa tabiat kedua (dalam post yang lepas) merupakan paling baik. Ini disebabkan anda akan mempunyai simpanan.
Walaupun ia sedikit namun masih mempunyai peluang untuk menabung.

Teknik menabung ni ada banyak. Apabila kita menabung ni ibarat isi minyak dalam tangki kereta. Ada bahagian selamat dan kecemasa, bahagian kecemasan ni perlu diisi sehingga penuh dahulu baru lah boleh kebahagian selamat. Setelah bahagian selamat penuh baru boleh guna untuk bergerak laju....

Berapa banyak nak simpan bahagian kecemasan ni? Mengikut pakar kewangan Azizi Ali dan Abang Abu, sebaiknya bahagian kecemasan ni ialah enam bulan gaji kita sekarang. Ini sebagai langkah berjaga-jaga jika kita tidak mempunyai pekerjaan maka kita ada peluang selama enam bulan untuk mencari kerja baru.

Jika boleh lebih banyak lagi bagus, simpanan itu akan digunakan untuk menampung keperluan bulanan kita jika kita kehilangan pekerjaan. Setelah mempunyai simpanan yang baik dan sesuai maka boleh lah kita ke langkah untuk menambah pendapatan. Apa langkah tu?

Perlu lah tunggu post yang akan datang. Jumpa lagi....


Thursday, February 10, 2011

Bebas kewangan

Salam sejahtera,

Kebebasan kewangan merupakan kunci kekayaan anda. Kenapa ia sangat penting? Jika anda tidak mempunyai masalah kewangan maka satu beban paling berat telah hilang dalam fikiran anda. Masalah kewangan biasanya akan menjadi punca kepada pelbagai masalah lain seperti pecah amanah, rasuah, mencuri dan bermacam-macam lagi masalah.

Bagiamana boleh mencapai kebebasan kewangan? Mengikut pakar kewangan saudara Azizi Ali dan pakar mekanik wang saudara Abang Abu, langkah pertama yang perlu untuk capai kebebasan kewangan ialah dengan mengubah tabiat kita mengurus wang. Kita juga perlu mengubah persepsi minda terhadap wang buang segala tanggapan yang negatif terhadap wang.

Dikalangan kita ni ada dua jenis tabiat mengurus wang.
1) Setelah mendapat gaji apa yang biasa dilakukan ialah
   - bayar hutang, bayar bil dan berbagai-bagai bayaran lagi
   - belanja keperluan rumah (barang dapur, keperluan diri dan lain-lain)
   - belanja untuk hiburan (main bowling, tonton wayang, dan macam-macam lagi)
   - simpanan jika ada lebihan

2) Apabila hari gaji
   - simpan (sekurang-kurangnya 15% daripada gaji)
   - bayar hutang, bil-bil dan perkhidmatan lain
   - belanja keperluan rumah
   - belanja hiburan jika ada lebihan .

Setelah anda kenalpasti mana satu tabiat kewangan anda, maka mudahlah untuk anda menguruskannya nanti. Sekarang pilih tabiat mana yang anda lakukan sekarang yang pertama atau kedua?

Semoga anda membuat pilihan yang bijak.


Sunday, February 6, 2011

Mulakan tanpa modal

Pernah kah anda tahu bahawa ada perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar? Hanya beberapa puluh ringgit pun dah boleh mula. Tentu ada yang mengatakan ia adalah MLM kan. Ini bukan MLM tetapi perniagaan yang menjual produk anda sendiri. Jika anda tak ada modal pun boleh buat.
Bagaimana nak jual jika tak guna modal? Boleh, apa yang anda perlu lakukan ialah iklankan kepada rakan-rakan. Anda hanya iklan dan buat promosi, Takakan semudah tu? Ye, anda tak perlu percaya cuba dulu tak ada modal pun.
Jika nak tahu lagi tunggu pada post yang akan datang...