Salam luarbiasa bagus...
Setelah 3 minggu sem 2 bermula maka keputusan PSPM 1 bagi pelajar PST dan keputusan US bagi pelajar PDT akan di umumkan. Pada hari ini 29/11/2010 pelajar PDT akan mendapat keputusan mereka.
Manakala bagi pelajar PST keputusan akan di umumkan pada hari esok 30/11/2010. Semoga semua pelajar mendapat keputusan yang baik dan cemerlang.
Biasanya apabila keputusan peperiksaan diumumkan maka akan terdapat dua kelompok yang utama iaitu mereka yang gembira dengan keputusan dan kelompok yang bersedih dengan keputusan tersebut. Telah menjadi lumrah bahawa akan ada yang mendapat keputusan cemerlang dan ada yang gagal atau cukup makan.
Kepada pelajar yang berjaya tahniah diucapkan, namun tugas anda adalah berat bagi mengekalkan prestasi tersebut. Manakala bagi yang gagal anda perlu tingkatkan usaha dan ubah gaya belajar untuk berjaya.
Kegagalan dalam peperiksaan bukan bermaksud gagal dalam kehidupan, oleh itu anda masih ada peluang untuk berjaya jika anda sanggup berubah.
Bagaimana nak berubah???